Bahagian Perancangan Korporat
Alamat: 

Bahagian Perancangan Korporat,
Kementerian Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 5, Blok B,
Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

Tel: 03-2771 4575
Fax: 03-2711 1590/1592

Visi: 

Menjadi penggerak kecemerlangan pengurusan dan pemodenan tadbiran Kementerian Kerja Raya yang efisien, efektif dan terbilang

Misi: 
  • Memacu pengurusan Kementerian Kerja Raya ke arah bertaraf 5 bintang;
  • Membudayakan aspek kualiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan Bahagian dan Kementerian Kerja Raya; dan
  • Memberikan perkhidmatan keurusetiaan yang sempurna, cekap dan berkesan bagi mesyuarat dan program-program Kementerian.
Objektif: 

Merancang dan mengurus hal-ehwal korporat Kementerian Kerja Raya melalui pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang

Fungsi dan Aktiviti: 
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Sistem Star Rating (SSR) anjuran MAMPU di peringkat Kementerian;
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Perancangan Strategik Organisasi (PSO) Kementerian Kerja Raya;
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 KKR;
  • Menyelaras urusan penyediaan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri serta hal-ehwal berkaitan Jemaah Menteri;
  • Urus setia kepada mesyuarat-mesyuarat utama Kementerian serta melaksanakan urusan pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan Bahagian;dan
  • Pemantauan isu-isu utama Pengurusan Atasan Kementerian.
Piagam Pelanggan: 

Kami di Bahagian Perancangan Korporat berjanji akan sentiasa komited untuk melaksanakan dasar dan program Kementerian dengan:

  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program inovasi dan peningkatan kualiti KKR selaras dengan Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam - MAMPU 29 Januari 2010;
  • Menyediakan Ulasan dan Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh arahan diterima tertakluk kepada penerimaan input yang lengkap daripada agensi berkenaan; dan
  • Menyempurnakan tugas-tugas keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat utama KKR menepati Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 1991.
Carta Organisasi: