Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Bahagian Akaun

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Kategori Bahagian: 
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan)
Visi: 

Menjadi sebuah organisasi terbilang dalam menyediakan perkhidmatan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Misi: 
  • Menyediakan perkhidmatan bayaran yang efisien dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menyediakan perkhidmatan perakaunan yang cekap.
  • Memberi khidmat nasihat dan auditan yang berkesan bagi memastikan pengurusan perakaunan dan kewangan di Pusat Tanggungjawab dilaksanakan mengikut peraturan.
  • Menyediakan maklumat pengurusan kewangan yang tepat.
Objektif: 
  • Memastikan perakaunan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab.
  • Menentukan satu sistem perakaunan yang sepatutnya diwujudkan dan pengawasan yang sesuai diadakan untuk mengelakkan kehilangan kerana penipuan atau kecuaian, tertakluk kepada penyeliaan am Pegawai Pengawal.
  • Menentukan hanya perbelanjaan yang dibenarkan diterima dan dibayar dalam tempoh yang telah ditetapkan serta diakaunkan dengan betul dan tepat.
  • Menentukan hasil yang diterima diakaunkan dengan betul dan tepat.
  • Melaporkan kepada Pegawai Pengawal apa-apa luar aturan yang berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi: 
  • Menyelenggara akaun bagi urusniaga perbelanjaan, hasil dan amanah Kementerian;
  • Menyediakan Penyata Akaun Tahunan Kementerian;
  • Mengurus semua pembayaran bagi Vot Mengurus, Vot Pembangunan dan Akaun Amanah serta gaji;
  • Melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang dibangunkan;
  • Memantau pelaksanaan sistem perakaunan kerajaan melalui naziran dan memberi khidmat nasihat sistem perakaunan (eSPKB dan eTerimaan) serta auditan Kira-Kira Wang Tunai; dan
  • Merancang, membangun dan melaksanakan program latihan/kursus perakaunan dan kewangan bagi meningkatkan kemahiran warga KKR.
Piagam Pelanggan: 

Kami bertekad untuk melaksanakan Pengurusan Perakaunan Kementerian Kerja Raya dengan cermat, cekap, berkesan, dan bertanggungjawab. Dalam melaksanakan tugas ini kami akan memastikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan disempurnakan seperti berikut:-

  • Membuat bayaran kepada pembekal/individu dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap;
  • Membuat bayaran gaji bulanan tidak lewat daripada 25 haribulan;
  • Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan Kementerian tidak lewat daripada 25 haribulan;
  • Mengambil respon awal ke atas pertanyaan/aduan pelanggan eSPKB dan eTerimaan dalam tempoh tiga (3) hari;
  • Mengeluarkan laporan pemerhatian naziran dan eTerimaan dalam  tempoh empat belas (14) hari dari tarikh akhir  lawatan;
  • Menyemak penyata Kira-Kira Wang Tunai dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh terima.
    Alamat: 

    Bahagian Akaun,
    Kementerian Kerja Raya Malaysia,
    Tingkat 1, Blok A,
    Jalan Sultan Salahuddin,
    50580 Kuala Lumpur,
    Malaysia.

    Tel    : 03-2711 4139
    Faks : 03-2711 5457

    Developed and designed by Hadafi Solution and Resources