Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Sambutan Hari Sukan Negara KKR 2021

Audience based content

X
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Sabtu, 9 Oktober 2021 - 9:00am
Sumber: 

Sambutan Hari Sukan Negara KKR 2021

KUALA LUMPUR, 9 OKTOBER 2021 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Kerja Raya tahun 2021 telah diadakan secara hybrid iaitu gabungan acara fizikal dan maya. Perasmiannya telah disempurnakan Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Kanan Kerja Raya telah berkongsi kisah kejayaan warga Kerja Raya yang aktif dalam pelbagai bidang sukan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Beliau turut menyeru agar semua warga untuk menjadikan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat sebagai amalan sepanjang hayat kerana ia adalah platform terbaik untuk memupuk dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan kita semua yang merupakan ahli Keluarga Malaysia.

Acara ini merupakan tahun ketujuh sejak diperkenalkan pada tahun 2015 dan uniknya pada tahun ini ia turut melibatkan penyertaan warga Kementerian dan Agensi secara maya dan secara langsung di kediaman masing-masing.

Kementerian Belia dan Sukan telah menetapkan sambutan Hari Sukan Negara 2021 disambut secara serentak pada hari ini, 9 Oktober 2021 di seluruh negara dengan pelaksanaan secara sederhana, termasuklah secara hybrid, memandangkan negara masih berada dalam situasi pandemik Covid-19.

Memandangkan pentingnya amalan gaya hidup sihat, setiap Kementerian dan Agensi Kerajaan telah disarankan untuk menggalakkan aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan di kalangan kakitangan dengan berlandaskan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #llm #hsnkkr2021 #hybrid #sop #mkn #rakyatsihat #wargakkrsihat #kualalumpur
Kementerian Kerja Raya Malaysia