Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Webinar Penerangan Seksyen 17A Akta SPRM Kepada Kontraktor Penyenggaraan

Audience based content

X
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Khamis, 22 April 2021 - 10:00am
Sumber: 

Webinar Penerangan Seksyen 17A Akta SPRM Kepada Kontraktor Penyenggaraan

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2021 – Usaha memperkukuhkan integriti dan membendung amalan rasuah dikalangan pemain industri pembinaan khususnya bidang penyenggaraan infrastruktur terus diberi perhatian oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

Sehubungan itu, Unit Integriti KKR dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Fasiliti, KKR telah menganjurkan Webinar bertajuk Pengenalan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 Pindaan 2018 (Pindaan Korporat). Webinar tersebut telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Kanan (PSK) Rosmadi bin Kasim dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Objektif utama webinar tersebut dianjurkan adalah untuk memberi penerangan mengenai latar belakang, takrifan serta initipati yang terkandung dalam peruntukan Seksyen 17A Liabiliti Korporat Akta SPRM 2009 yang telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2020. Webinar ini telah disertai lebih 40 kontraktor konsesi dan subkontraktor Penyelenggaraan dan Pengurusan Fasiliti (FMM) di bawah KKR.

Tags: 
#kkr #sprm #ui #bpf #fmm #webinar #kualalumpur #infrarakyat #infrastruktur
Kementerian Kerja Raya Malaysia