Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Teknologi Pembinaan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) Menerima Anugerah “Malaysia Book Of Records”

Audience based content

X
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Isnin, 12 April 2021 - 9:00am
Sumber: 

Teknologi Pembinaan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) Menerima Anugerah “Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2021- Sektor pembinaan melakar sejarah dalam teknologi pembinaan lebuhraya apabila dua struktur pembinaan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) menerima Anugerah “Malaysia Book of Records”. Anugerah tersebut adalah Jambatan konkrit terpanjang (67.5 meter) menggunakan rasuk prategang berbentuk T kepada Ekovest Berhad dan Rasuk prategang berbentuk T terpanjang (63.1 meter) kepada Nehemiah Towoong Bridgetech Sdn Bhd. Penyampaian anugerah ini disaksikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof dalam satu majlis di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC.

SPE adalah sebuah Lebuh Raya Bertingkat “Dual 3 Lane Carriageway‟ sepanjang 32 Kilometer (KM) yang bermula dari Taman Melati dan berakhir di Universiti Malaya. Kemajuan projek ini telah pun mencapai 81% siap sehingga ke hari ini. SPE merupakan projek lebuhraya yang pertama di Malaysia menggunakan rasuk jenis BH Girder yang di cipta di Korea Selatan. Sebanyak 424 rasuk BH Girder akan di gunakan bagi projek SPE.

Berbanding dengan rasuk U atau T biasa, rasuk jenis BH Girder ini boleh menjangkau jarak yang lebih panjang sehingga 30%. Rasuk BH Girder ini amat sesuai di gunakan di kawasan yang mempunyai kekangan seperti di kawasan bandar padat yang mempunyai banyak jambatan, kawasan yang mempunyai terowong bawah tanah, kawasan yang mempunyai kabel dan saluran utiliti yang padat, lintasan sungai dan lintasan rel keretapi.

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #llm #spe #pwtc #malaysiabookofrecord #infrarakyat #infrastruktur
Kementerian Kerja Raya Malaysia