Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Program Malaysia Prihatin Dan Taklimat Isu Semasa Di Kuala Pilah Bersama Timbalan Menteri Kerja Raya

Audience based content

X
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Jumaat, 9 April 2021 - 9:00am
Sumber: 

Program Malaysia Prihatin Dan Taklimat Isu Semasa Di Kuala Pilah Bersama Timbalan Menteri Kerja Raya

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN, 9 APRIL 2021 – YB Dato’ Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya telah berkongsi maklumat berkenaan isu-isu semasa negara di Program Malaysia Prihatin dan Taklimat Isu Semasa.

YB Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah juga telah sudi merasmikan program tersebut yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Kuala Pilah. Antara isu yang dikongsi adalah Program Imunisasi Kebangsaaan, langkah- langkah yang diambil Kerajaan untuk membendung penularan Covid – 19 dan penerangan berhubung Proklamasi Darurat yang telah diwartakan pada 14 Januari 2021 lalu.

Program Malaysia Prihatin dan Taklimat Isu Semasa ini mendapatkan kerjasama penuh daripada Jabatan Penerangan Negeri Sembilan dan Pengarahnya, YBRs. Tuan Haji Shahnon Mohamad telah menyampaikan ucapan aluan.

Terdahulu, para hadirin telah diberikan taklimat bertajuk ’PICK - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan’ oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah dan taklimat kedua bertajuk ’Bantuan Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)’ oleh wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah.

Tags: 
#kkr #jkr #jpn #kbs #jkm #pick #malaysiaprihatin #kualapilah #negerisembilan #infrarakyat #infrastruktur
Kementerian Kerja Raya Malaysia