Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Majlis Pelancaran Sistem J10 JKR Malaysia

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Isnin, 29 Mac 2021 - 10:00am

Majlis Pelancaran Sistem J10 JKR Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2021 – Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan sebuah Jabatan Teknikal Kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) dan berperanan dalam pengurusan projek, pengurusan aset dan perundingan teknikal kerajaan. Seiring dengan hasrat Jabatan agar produk yang diserah dan perkhidmatan penyenggaraan yang dilaksanakan menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum, JKR komited mendepani keperluan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dengan meningkatkan infrastruktur serta mentransformasi proses perkhidmatan JKR sedia ada melalui pelaksanaan solusi ICT yang lebih komprehensif.

Sistem J10 adalah sebuah program ICT JKR yang bakal merevolusikan kaedah kerja konvensional melalui pendigitalan penggunaan borang dan kaedah kerja. J di dalam J10 merujuk kepada JKR, manakala 10 bermaksud 10 kitar hayat pengurusan projek dan fasiliti aset kerajaan, bermula daripada perancangan projek sehinggalah pelupusan fasiliti aset. Sistem ini telah dibangunkan dengan kerjasama anak syarikat Kumpulan Sapura sebagai sebuah laman web di bawah pentadbiran JKR untuk mempertingkatkan keupayaan pengurusan, pemantauan serta pelaporan prestasi projek yang dikendalikan oleh JKR di dalam dan luar negara melalui satu platform tunggal.

Selain itu, objektif Sistem J10 adalah untuk mentransformasikan proses bisnes JKR yang melibatkan lima fasa pengurusan projek dan lima lagi fasa fasiliti aset kerajaan, mewujudkan platform tunggal pengurusan projek dan fasa fasiliti aset kerajaan bagi komunikasi, integrasi dan kolaborasi, serta mewujudkan sistem laporan dan pengukuran prestasi yang sistematik dan mesra pengguna.

Sistem ini juga diintegrasikan dengan sistem-sistem daripada agensi di luar JKR bagi mewujudkan perkongsian maklumat yang efektif dan terkini serta boleh dicapai melalui pelbagai peranti mudah alih seperti telefon pintar. Ini selaras dengan slogan J10 iaitu perhubungan dan komunikasi (connect), integrasi (integrate) dan kolaborasi (collaborate).

Majlis Pelancaran Sistem J10 diadakan secara Hybrid (maya dan kehadiran fizikal) dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya. Beliau diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Yang Berbahagia, Dato’ Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya dan Yang Berbahagia, Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura. Majlis pelancaran ini ditayangkan secara langsung melalui facebook rasmi JKR Malaysia (https://www.facebook.com/jkr.malaysia).

Tags: 
#kkr #jkr #J10 #infrarakyat
Kementerian Kerja Raya Malaysia