Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

7 Projek Bernilai Rm528 Juta Merancakkan Ekonomi Negara, Mensejahterakan Rakyat

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Isnin, 22 Mac 2021 - 10:00am
Sumber: 

7 Projek Bernilai Rm528 Juta Merancakkan Ekonomi Negara, Mensejahterakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2021 – Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof hari ini menyerahkan Surat Setuju Terima Tender (SST) tujuh projek bernilai setengah bilion ringgit di bawah Pelaksanaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam usaha merancakkan ekonomi negara.

Melalui penyerahan SST kali ini, Kerajaan menyuntik peruntukan sebanyak RM528 juta iaitu nilai keseluruhan bagi tujuh projek berkenaan. Disamping itu, sekiranya mengambil kira faktor nilai gandaan (dua kali ganda) pelaksanaan tujuh projek ini terhadap impak ekonomi, ia boleh mencecah kepada RM1 bilion.

Selaras dengan matlamat KKR dalam menyediakan infrastruktur perhubungan jalan raya yang selamat dan selesa kepada pengguna, pembinaan jalan raya baharu jajaran Central Spine Road (CSR) dari Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Raub Pahang, sepanjang 15 kilometer (km) bakal dilaksanakan.

Projek CSR Pakej 4 Seksyen 4A ini bakal dilaksanakan Syarikat Uritech Team (M) Sdn. Bhd. JV Brilliant LTP Builders Sdn. Bhd. dengan tempoh kontrak 36 bulan dan nilai kos projek sebanyak RM297.69 juta. Pengguna jalan raya sekitar Bandar Raub dan Kuala Lipis bakal menikmati laluan yang menjimatkan masa dan jarak pemanduan melalui pembinaan jalan berkembar empat lorong ini mengikut piawaian JKR R5.

Selain itu, sebanyak enam lagi projek untuk Kementerian Pelanggan turut menerima SST pada hari ini. Dua projek khusus untuk Jabatan Perdana Menteri (JAKIM) akan dilaksanakan iaitu Pembinaan Fasa Kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak dan Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Masjid Negara (Fasa 3).

Pelaksanaan projek ini bakal membantu sektor pendidikan Negara dalam menghasilkan graduan bidang tahfiz Al-Quran dan pengajian Islam serta pemantapan syiar Islam selain memelihara bangunan ikonik warisan Negara. SST lain yang diserahkan hari ini melibatkan dua projek Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu pembinaan Kuarters Hospital Pulau Pinang serta pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 5) dan Kuarters di Bukit Ibam, Rompin, Pahang.

Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan luar bandar turut bakal ditingkatkan melalui Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dungun, Terengganu dan Projek Menaiktaraf Pusat Latihan Kemas (PLK) Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu. Projek - projek milik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ini meliputi pembinaan bangunan, fasiliti baharu, gelanggang riadah, pembekalan peralatan serta menaiktaraf sistem-sistem infrastruktur luaran bangunan khusus untuk warga pendidik dan pelajar.

Turut hadir di majlis penyerahan SST, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, wakil-wakil pegawai kanan Kementerian Pelanggan dan pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kerja Raya serta Agensi.

Pada majlis penyerahan SST ini, Menteri Kanan Kerja Raya mengingatkan kepada kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan projek dengan amanah dan bertanggungjawab bagi memastikan impian rakyat untuk menikmati kemudahan infrastruktur berkualiti menjadi realiti.

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #llm #jpm #kplb #kkm #jakim #majlissst #komplekskerjaraya #infrarakyat #infrastruktur #kitajagakita #lindungdiri #lindungsemua #perangicovid10 #kitamestimenang
Kementerian Kerja Raya Malaysia