Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Tinjauan Susulan Lokasi Cerun Runtuh FT218 Bentong Pahang

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Sabtu, 20 Februari 2021 - 9:00am
Sumber: 

Tinjauan Susulan Lokasi Cerun Runtuh FT218 Bentong Pahang

BENTONG, 20 FEBRUARI 2021 - Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, mengadakan pemeriksaan susulan ke kawasan cerun runtuh di laluan FT218 Seksyen 3.0, Jalan Bentong - Raub (Lama), daerah Bentong, pada hari ini.

Pada 6 Januari lalu, Menteri Kanan Kerja Raya mengadakan pemeriksaan di jalan -jalan Persekutuan dan lebuh raya yang terkesan akibat banjir di Negeri Pahang.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 3 Januari 2021 ini berpunca daripada hujan berterusan di lokasi tersebut dan berlaku limpahan air dari pembentung paip bersaiz 1500mm diameter ke permukaan pavemen jalan mengakibatkan laluan sedia ada telah terputus sepenuhnya.

Tinjauan susulan ke kawasan cerun runtuh berkenaan mendapati ketika ini kerja - kerja pembaikan cerun sedang dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Armour Rock, Rockfill and Built Back Slope.

Kerja-kerja pengalihan sementara utiliti seperti laluan paip, kabel dan tiang elektrik di tapak kerja juga telah selesai dilaksanakan hasil perbincangan dan mesyuarat bersama wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Pihak kontraktor telah memasang kelengkapan Pelan Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan - TMP) seperti papan tanda amaran, speed limit sign, lightweight movable barrier, blinker, dan string delineators di tapak kerja bagi memudahkan pembersihan sisa runtuhan dan penebangan pokok. Pintas Utama Sdn. Bhd. merupakan syarikat kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan Kerja pembaikan cerun yang bernilai RM3juta ini. Kerja-kerja dimulakan pada 12 Januari 2021 dan dijangka siap pada 10 Jun 2021.

Sehingga 17 Februari 2021, status Kemajuan Kerja Fizikal adalah sebanyak 24% mendahului jadual (19%). Kini, kerja di tapak telah memasuki fasa pembaikan cerun dengan dimulakan dengan kerja-kerja memperkukuh struktur tapak di kaki cerun. Kerja-kerja armour rock sedang dijalankan dengan menggunakan bongkahan batu besar sebagai asas bagi kerja pembaikan cerun.

Kementerian Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan tanggungjawab penyenggaraan aset Kerajaan terutamanya jalan raya yang menjadi nadi penghubung rakyat sentiasa diberikan keutamaan dalam penyampaian perkhidmatannya.

Tags: 
#kkr #jkr #llm #tnb #tm #paip #tmp #cerunruntuh #ft218 #bentong #pahang #infrarakyat #infrastruktur #kitajagakita #prihatinrakyat
Kementerian Kerja Raya Malaysia