Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Majlis Penyerahan Bahan Kempen Pembudayaan Norma Baharu

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Khamis, 17 Disember 2020 - 9:00am
Sumber: 

Majlis Penyerahan Bahan Kempen Pembudayaan Norma Baharu

SHAH ALAM, 17 DISEMBER 2020 - Pagi tadi telah berlangsung Majlis Penyerahan Bahan Kempen Pembudayaan Norma Baharu kepada wakil syarikat konsesi lebuhraya dan peniaga-peniaga di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Majlis ini merupakan anjuran Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Hashim telah menyerahkan bahan kempen terdiri daripada gegantung (bunting) dan sepanduk (banner) pembudayaan norma baharu kepada Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), YBhg. Dato' Ir. Mohd Suhaimi Hassan dan kemudiannya diserahkan pula kepada Ketua Pegawai Operasi KESAS Sdn Bhd, YBrs. Tuan Haji Mohamed Shah Samin dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Ahmad Nadzri Embong serta Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Encik Mohamad Azhan Md Amir.

Majlis ini bertujuan mempromosikan kempen pembudayaan norma baharu di kawasan R&R bagi lebuhraya di seluruh Malaysia. Kempen ini memfokuskan untuk memberi kesedaran, peringatan dan pendidikan mengenai amalan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) norma baharu kepada masyarakat khususnya pengguna lebuhraya.

Perkara ini penting, selaras dengan keputusan Kerajaan membenarkan rakyat untuk merentas negeri dan daerah, bilangan pengguna yang menggunakan lebuhraya dan Kawasan Rehat dan Rawat dijangka meningkat. Justeru, Kementerian Kerja Raya (KKR) bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk terus menyebarluas kesedaran Pembudayaan Norma Baharu kepada pengguna lebuhraya. Kempen ini juga sebagai menyokong kempen norma baharu yang telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 8 Ogos 2020 yang lalu.

Selain daripada program kempen hari ini, Kementerian Kerja Raya turut telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut :

i. Kempen Pembudayaan Norma Baharu melalui Paparan iklan elektronik dan iklan Parapet di Jalan Persekutuan dan seluruh Lebuhraya yang berkaitan;

ii. Kempen Pembudayaan Norma Baharu melalui Paparan elektronik (VMS) di seluruh Lebuhraya di bawah LLM;

iii. Majlis Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan;

iv. Edaran poster Kempen Norma Baharu kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya;

v. Kempen Pembudayaan Norma Baharu kepada kakitangan KKR dan Agensi;

vi. Perkongsian maklumat dan infografik pembudayaan norma baharu di rangkaian media sosial rasmi Kementerian dan agensi.

Selain daripada itu, beberapa langkah-langkah juga telah diambil oleh pihak LLM bagi persediaan musim cuti. Antaranya seperti menasihatkan semua pengguna lebuhraya agar merancang perjalanan lebih awal dan memastikan kad Touch n Go dan e-Wallet mempunyai baki yang mencukupi untuk mengurangkan kesesakan di kaunter tambah nilai plaza tol.

Selain itu, semua Syarikat Konsesi diseru untuk terus memastikan pematuhan SOP dipertingkatkan di kawasan R&R sepanjang lebuhraya dengan pemakaian pelitup muka, amalan penjarakan fizikal dan kebersihan diri dikalangan pengguna lebuhraya dan para peniaga.

Tags: 
#kkr #llm #nadma #kesas #rnr #sop #normabaharu #kitajagakita #infrarakyat
Kementerian Kerja Raya Malaysia