Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Operasi Penguatkuasaan Struktur Haram Di Rizab Jalan Persekutuan

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Rabu, 18 November 2020 - 11:00am

SUBANG JAYA, 18 NOVEMBER 2020 - Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil tindakan penguatkuasaan dengan merobohkan struktur – struktur haram yang didirikan tanpa kelulusan dan tidak mengikut syarat teknikal yang telah ditetapkan di sepanjang Right Of Way (ROW) Jalan Persekutuan.

Tindakan ini selaras dengan kuasa Menteri di bawah Seksyen 84, Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] dan garis panduan Tatacara Permohonan Paparan Iklan di dalam Rizab Jalan Persekutuan/Lebuh raya tahun 2011. Turut hadir meninjau tindakan penguatkuasaan ini ialah YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Pembangunan) Kementerian Kerja Raya dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Yang DiPertua TPr. Hajah Noraini binti Haji Roslan.

Sebanyak dua puluh (20) struktur haram telah dikenalpasti di sepanjang rizab Jalan Persekutuan bermula KM 17.3 hingga KM17.7. Berdasarkan tinjauan dan semakan oleh JKR Petaling, JKR Gombak, JKR Hulu Langat, JKR Klang dan JKR Sepang, didapati sebanyak tiga ratus lima puluh (350) struktur paparan haram telah dibina tanpa kelulusan caj pendudukan. Penguatkuasaan ini perlu dilaksanakan untuk menjaga keselamatan 200,000 pengguna laluan di FT02 setiap hari.

Selain membahayakan pengguna jalanraya, kewujudan struktur papan tanda haram ini juga memberikan tanggapan yang negatif kepada KKR dan Kerajaan. Kerajaan berpotensi kehilangan hasil sewaan minima yang dikenakan kepada syarikat pengusaha, yang mana kutipan fee ini dilaburkan semula oleh Kerajaan untuk pelbagai tujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, dan juga bagi menjadikan industri bisnes ini lebih "lucratif" dan kompetitif.

Tindakan penguatkuasaan ini akan diambil secara berfasa dan akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. Operasi ini akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi paparan struktur haram di rizab Jalan Persekutuan seluruh negara.

Tags: 
#kkr #jkr #mbsj
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources