Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri, Sarawak Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan Penduduk

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Selasa, 27 Oktober 2020 - 9:00am
Sumber: 

Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri, Sarawak Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan Penduduk

MIRI, SARAWAK 27 OKTOBER 2020 – Kualiti perkhidmatan kesihatan penduduk utara Sarawak terus diberi perhatian dengan Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri, Sarawak.

Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri ini bakal menempatkan tiga ratus dua puluh lapan (328) katil pesakit, menjadikan jumlah keseluruhan 667 katil di hospital berkenaan. Skop projek yang berkeluasan lantai 32,507 meter persegi ini ialah Klinik Pakar (Obstetrik dan Ginekologi / Pediatrik / Pembedahan), Wad Pesakit, Dewan Bedah, Dewan Bersalin, Farmasi dan Stor Perubatan.

Projek ini melibatkan kos sebanyak RM289.2 juta dan dibina secara reka dan bina serta tender terbuka pra kelayakan. Projek ini telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) tahun 2016. Kerja – kerja pembinaan bermula pada 25 Jun 2020 dan dijadual siap pada 18 Oktober 2023.

Majlis Perasmian dan Pecah Tanah projek ini disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak. Hadir sama ialah YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Dato' Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia.

Projek ini menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri atau IBS bagi mempercepatkan tempoh pembinaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja. Pembinaan projek Hospital Miri ini juga perlu mematuhi sistem penarafan hijau bagi bangunan iaitu Sistem MyCREST (Malaysian Carbon Reduction And Environmental Sustainability Tool) yang mengintegrasikan impak kelestarian dengan indikator karbon di dalam sesebuah bangunan.

Tags: 
#kkr #jkr #moh #upe #jpm #miri #sarawak #hospitalmiri #ibs #mycrest #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources