Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Majlis Pelancaran Pelan Strategik JKR 2021 - 2025

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Selasa, 29 September 2020 - 9:00am
Sumber: 

Majlis Pelancaran Pelan Strategik JKR 2021 - 2025

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2020 - Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Pelan Strategik JKR 2021 – 2025 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya pada hari ini bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur.

Dokumen Pelan Strategik JKR 2021 – 2025 adalah merupakan perancangan strategik jangka panjang JKR merangkumi hala tuju, bidang fokus dan pelan tindakan bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. Pelan ini merupakan kesinambungan daripada Kerangka Strategik JKR 2007 – 2010, Kerangka Strategik JKR 2012 – 2015 dan Pelan Strategik JKR 2016 – 2020.

Hala tuju strategik JKR 2021 – 2025 adalah berasaskan kepada lima (5) Tema Strategik iaitu:

Tema 1: Kecemerlangan Pengurusan Aset Menyeluruh

Tema 2: Pengalaman Ko-Kreatif Bersama Pelanggan

Tema 3: Pusat Kecemerlangan Teknikal

Tema 4: Memacu Kelestarian

Tema 5: Organisasi Inovatif

Pelan Strategik JKR 2021 – 2025 ini juga telah dibangunkan seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan penguatkuasaan Arahan Perbendaharaan (AP182), iaitu Jabatan Kerja Raya selaku agensi teknikal utama negara telah diberi mandat dan tanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur negara. Peranan JKR begitu besar penglibatannya bermula dari peringkat merancang, mereka bentuk dan seterusnya memastikan projek dapat dibina serta disiapkan dengan jayanya. Skop JKR merangkumi pembinaan projek-projek jalan raya dan bangunan-bangunan kerajaan termasuk pengoperasian dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur tersebut.

Sesungguhnya melalui penghasilan Pelan Strategik JKR ini, penetapan beberapa lonjakan, strategi dan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dilihat sebagai usaha yang murni dan seiring dengan matlamat serta hala tuju negara bagi menambah baik kualiti sistem penyampaian perkhidmatan.

Bersempena Majlis Pelancaran Pelan Strategik JKR 2021 – 2025 ini juga, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya turut menyampaikan beberapa sijil khas iaitu Sijil Pelantikan Penaja (Sponsor) Strategik dan Sijil Pelantikan Peneraju Tema Strategik. Satu sesi pembentangan Overview Pelan Strategik JKR 2021 – 2025 juga telah diadakan bagi tujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai kanan JKR berkenaan aspirasi dan hala tuju Jabatan bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. JKR perlu bergerak selari dengan misi dan visi yang telah ditetapkan agar dapat terus berjasa kepada rakyat.

Tags: 
#kkr #jkr #lpp #pelanstrategik #wkb #ap182 #kpi #infrarakyat #kitajagakita
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources