Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

[PINDAAN TARIKH TUTUP] PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR BAHAN - PEMBINAAN SEKOLAH BAHARU 20 BILIK DARJAH, ASRAMA (300L & 30...

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
TENDER/SEBUTHARGA
IKLAN TENDER/SEBUTHARGA
Maklumat Perolehan
Jenis Perolehan: 
Tender
Tajuk Perolehan: 
[PINDAAN TARIKH TUTUP] PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR BAHAN - PEMBINAAN SEKOLAH BAHARU 20 BILIK DARJAH, ASRAMA (300L & 300P) DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN MENGIKUT PIAWAIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG.
Pejabat Yang Memanggil: 
CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Iklan: 
14/09/2020
Maklumat Kontraktor
Status Syarikat: 

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Pengkhususan: 

1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 330202 (Ukur Bahan) dan tempoh pendaftaran masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender diiklankan.
2. Berdaftar dengan Lembaga Profesional dan tempoh pendaftaran masih sah semasa tarikh tutup tender.

PERHATIAN

Dokumen Pelawaan boleh diperolehi di Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan & Akaun, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur bermula daripada 28 September 2020 (Isnin) sehingga 5 Oktober 2020 (Isnin). Dokumen Pelawaan adalah dijual dengan kadar RM70 bagi setiap satu (1) set. Bayaran bagi dokumen pelawaan hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank atau kiriman wang di atas nama Akauntan Negara Malaysia-KKR-T. Dokumen pelawaan akan dikeluarkan kepada wakil Firma Perunding yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Firma Perunding dikehendaki membawa Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan ASAL dan Sijil Pendaftaran Lembaga Profesional ASAL berserta satu salinan sijil-sijil tersebut.

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat BERASINGAN yang berlakri dan ditandakan "Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos" di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan seperti di atas.

Dokumen Pelawaan hendaklah dikemukakan ke Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan dan Akaun, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2020 (Selasa) tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari. Dokumen Pelawaan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

PERHATIAN
Selaras dengan arahan Kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Negeri Sabah (13-26 Oktober 2020), Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (14-27 Oktober 2020); dimaklumkan bahawa pindaan tarikh tutup bagi projek di atas adalah pada 5 November 2020 sebelum jam 12.00 tengah hari.

Maklumat Dokumen Tender/Sebutharga
Harga Dokumen: 
RM70.00
Jenis Pembayaran: 
Kiriman Wang/Bank Draf (Bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia-KKR-T)
Tarikh Mula Dijual: 
28/09/2020
Tarikh Akhir Dijual: 
05/10/2020
Tarikh Tutup: 
05/11/2020 - 12:00pm
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources