Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Projek Menaiktaraf Jalan UMS Dan Jalan Sepanggar Bakal Memberikan Pemanduan Selesa Dan Selamat Kepada Pengguna Jalanraya

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Jumaat, 11 September 2020 - 9:00am
Sumber: 

Projek Menaiktaraf Jalan UMS Dan Jalan Sepanggar Bakal Memberikan Pemanduan Selesa Dan Selamat Kepada Pengguna Jalanraya

KOTA KINABALU, SABAH, 11 September 2020 – Pengguna jalanraya di sepanjang Jalan UMS dan Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu bakal menikmati pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan selamat apabila laluan tersebut siap dinaiktaraf pada Januari tahun 2022. Pada masa kini, kesesakan aliran trafik laluan ini mencapai Level of Service (LOS) tahap F iaitu tahap tertinggi di empat persimpangan yang terdapat di sepanjang laluan tersebut. Hasil bancian pada tahun 2016 selama 12 jam mendapati jumlah kenderaan yang melalui laluan tersebut untuk kedua-dua hala adalah sebanyak 56 ribu kenderaan.

Bagi meninjau kemajuan kerja Projek Menaiktaraf Jalan ini, satu lawatan kerja oleh Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah diadakan. Status kemajuan fizikal terkini projek menaiktaraf ini adalah 50.68%. Projek yang bernilai RM357 juta ini melibatkan pelebaran jalan sedia ada daripada 4 lorong 2 hala kepada 6 lorong 2 hala sepanjang 8.1 kilometer (Jalan UMS - 7.1 kilometer dan Jalan Sepanggar - 1 kilometer). Skop kerja lain adalah membina empat persimpangan bertingkat iaitu Persimpangan Jalan Kingfisher, Persimpangan Jalan UMS, Persimpangan Rampayan dan Persimpangan Jalan Sepanggar, pembinaan dua buah jambatan di Sungai Rampayan dan Sungai Gudon.

Projek yang diluluskan pada tahun 2017 sewaktu Rancangan Malaysia Ke-11 ini merupakan projek pertama di Sabah yang menggunakan kaedah Segmental Box Girder (SBG). Kaedah ini digunakan untuk pembinaan tiga daripada empat persimpangannya. Justeru, satu lawatan kerja ke kilang penghasilan SBG turut diadakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya. Kilang ini dibina berdekatan Persimpangan Rampayan di atas tanah berkeluasan lapan ekar. Kilang ini mempunyai empat acuan SBG untuk menghasilkan 610 unit SBG sepanjang tempoh projek dilaksanakan.

Tags: 
#kkr #jkr #los #sbg #kotakinabalu #sabah #lawatankerja #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources