Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Menteri Kanan Kerja Raya Meninjau Kemajuan Kerja Dua Projek Di Papar, Sabah

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Khamis, 10 September 2020 - 9:00am
Sumber: 

Menteri Kanan Kerja Raya Meninjau Kemajuan Kerja Dua Projek Di Papar, Sabah

PAPAR, SABAH, 10 September 2020 - Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah turun padang meninjau kemajuan kerja dua tapak projek di Papar, Sabah. Tapak projek pertama adalah Projek Menaiktaraf Jalan daripada Donggongon ke Simpang Jalan Papar Spur (Pakej 2 dan 3), Sabah yang merupakan projek menaik taraf jalan daripada satu lorong satu hala kepada jalan dua lorong dua hala sepanjang 16 kilometer. Skop lain bagi projek ini ialah kerja pembinaan jambatan, kerja pemulihan sungai, dan kerja perparitan dan saliran. Kos binaan bagi projek ini adalah sebanyak RM313 juta. Projek ini dijangka siap pada penghujung bulan Januari 2022 dengan status kemajuan fizikal terkini adalah 91.65%.

Tapak pembinaan kedua adalah Projek Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sabah di Papar. Projek ini merupakan projek milik Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kos sebanyak RM80 juta. Pembinaan akademi ini bertujuan memenuhi salah satu fungsi CIDB sebagai pusat yang menyediakan dan memberikan peluang-peluang latihan kemahiran dalam bidang pembinaan untuk belia-belia dan personel binaan di Negeri Sabah. Kerja-kerja tanah untuk tapak akademi yang bertempat di Kampung Beringgis, Papar ini telah siap pada 28 Februari 2019.

Pada masa kini, terdapat satu ABM yang beroperasi di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP). ABM KKIP telah ditubuhkan pada 5 Mac 2001 dan sehingga tahun 2020, seramai 18,522 orang belia dan 87,152 orang personnel binaan telah dilatih dan dinilai kemahiran mereka dalam bidang kompentasi pembinaan. Dengan adanya kampus baharu ABM Sabah di Papar adalah dijangka ABM Sabah mempunyai kapasiti untuk melatih dan menilai kemahiran 10,000 orang belia dan personel binaan setahun. Pemindahan lokasi ABM Wilayah Sabah daripada KKIP ke Kampung Beringgis, Papar ini bakal menyediakan peluang latihan dengan pilihan tred yang lebih banyak dengan memfokuskan kepada teknologi pembinaan terkini seperti Building Information Modeling (BIM) dan Industrialised Building System (IBS). Pembinaan ABM Papar yang berkonsepkan kampus hijau juga menyediakan ruang latihan yang lebih kondusif dan selesa dengan infrastruktur yang lebih moden.

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #llm #abm #kkip #ibs #papar #sabah #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources