Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat KKR 2020

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Sabtu, 5 September 2020 - 9:00am
Sumber: 

Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat KKR 2020

SUNGAI BULOH, SELANGOR, 5 SEPTEMBER 2020 – Rakyat Malaysia masih terdedah kepada risiko jangkitan wabak Covid-19 kerana pandemik ini terus menghantui seluruh dunia dengan bilangan kes yang menunjukkan peningkatan di beberapa negara. Justeru, bagi memperkasa usaha melawan wabak Covid-19 di negara ini dan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri pencegahan dalam kalangan rakyat, Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat kementerian.

Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat kebangsaan telah diadakan pada 8 Ogos 2020 yang lalu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Kompleks Sukan Pagoh, Johor.

Majlis yang berlangsung di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara) Lebuhraya Utara Selatan ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Eddin Syazlee bin Shith. Pemilihan lokasi pelancaran kempen ini amat signifikan kerana pelbagai lapisan masyarakat menggunakan kemudahan di sini termasuklah pengguna lebuhraya, pekerja penyenggaraan dan peniaga premis perniagaan.

Mesej utama kempen ini ialah Kawalan Kendiri, Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Pembudayaan Norma Baharu dengan kerap mencuci tangan, memakai pelitup separuh muka, mengimbas aplikasi MySejahtera dan mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter.

Bagi meningkatkan kesedaran rakyat, maklumat-maklumat disebarkan melalui bahan cetakan seperti gegantung, bunting, edaran poster dan pelekat kenderaan serta paparan mesej kempen di 184 Variable Message Sign (VMS) dan LED lightbox di seluruh Lebuhraya Konsesi di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Kaedah ini mampu disebarluas secara berskala besar kerana pengguna lebuhraya di negara ini mencecah 1.5 juta orang sehari.

Selain daripada pengguna lebuhraya, KKR turut mensasarkan kempen ini kepada penggiat industri pembinaan. Sebagai contoh, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah bersiaran di beberapa slot rancangan media arus perdana iaitu Bicara Politikonomi, Selamat Pagi Malaysia, BernamaTV serta Radio TraxxFM bagi membicarakan pembudayaan Norma Baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Pembinaan.

Menteri Kanan Kerja Raya turut melakukan lawatan turun padang meninjau pematuhan SOP di beberapa tapak pembinaan antaranya tapak Gamuda Land, Bukit Bintang City Centre dan penempatan pekerja pembinaan di Bangsar South.

Pelbagai program turut diatur untuk warga kakitangan KKR dan agensi seperti paparan bahan bercetak, siaraya mesej kawalan kendiri, perkongsian mesej sewaktu acara rasmi dan sebaran infografik melalui medium media sosial dan emel rasmi kementerian.

Adalah diharapkan kempen ini dapat memastikan segenap lapisan masyarakat faham akan tanggungjawab baharu yang perlu digalas iaitu berperanan sebagai petugas barisan hadapan dalam komuniti bagi mengekang penularan Covid-19.

Tags: 
#kkr #jkr #llm #r&r #sop #normabaharu #pkpp #sgbuloh #selangor #infrarakyat
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources