Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Unit Audit Dalam

Audience based content

X
Anda di sini
Kategori Bahagian: 
Pejabat Ketua Setiausaha
Visi: 

Penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan, akauntabiliti dan integriti dalam memastikan visi Kementerian tercapai.

Misi: 

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan berkualiti untuk memastikan Kementerian terus menjadi peneraju di dalam industri pembinaan dan pembangunan infrastruktur.

Objektif: 

Membantu organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin; untuk menilai dan menentukan keberkesanan proses kawalan pengurusan kewangan serta tadbir urus.
Menentukan program dan aktiviti Kementerian dan Jabatan di bawahnya diuruskan dengan berhemah, cekap serta berkesan.

Aktiviti-aktiviti dan Fungsi: 

• Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
• Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undangundang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
• Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
• Mengkaji aset dan harta awam lain dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
• Memberi pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem teknologi maklumat;
• Melaporkan kepada KSU Kementerian hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
• KAD bertindak sebagai Setiausaha JKA selaras dengan 1PP PS 3.2;
• Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan KSU Kementerian dan dikemukakan kepada Bahagian Strategik Komunikasi Korporat, Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Piagam Pelanggan: 

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
• Menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan dalam masa dua (2) bulan sehingga Pemerhatian Audit dikeluarkan; dan
• Menjalankan Pengauditan Prestasi Projek dan Pengauditan ICT dalam masa tiga (3) bulan sehingga Pemerhatian Audit dikeluarkan.

Alamat: 

Pejabat Unit Audit Dalam,
Tingkat 9, Blok B,
Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Kementerian Kerja Raya Malaysia