Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

MoU antara PERKESO dan CIDB Sempena Program Penjana Kerjaya PERKESO, Sektor Pembinaan

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Selasa, 11 Ogos 2020 - 2:30pm
Sumber: 

MoU antara PERKESO dan CIDB Sempena Program Penjana Kerjaya PERKESO, Sektor Pembinaan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2020 – Impak penularan wabak COVID-19 terhadap ekonomi negara turut memberi kesan dan cabaran kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor pembinaan yang kehilangan punca pendapatan.

Berikutan itu, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia, CIDB dan juga PERKESO bekerjasama meningkatkan peluang mereka yang telah kehilangan pekerjaan dengan melatih dan menempatkan mereka di dalam bidang yang sesuai di dalam sektor pembinaan.

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara PERKESO dan CIDB Malaysia Sempena Program Penjana Kerjaya PERKESO, Sektor Pembinaan telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan disaksikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Hj Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia.

Dengan termeterainya MoU ini, PERKESO melalui Program Penjana Kerjaya dapat membiayai program skilling, reskilling dan upskilling yang dilaksanakan oleh CIDB Malaysia, khas untuk pencarum PERKESO yang telah kehilangan pekerjaan. Peranan CIDB pula menyediakan latihan di dalam pelbagai bidang yang relevan kepada industri pembinaan, seterusnya mendapatkan penempatan yang sesuai untuk mereka yang telah dilatih, di dalam syarikat-syarikat pembinaan.

Semua kontraktor digesa untuk berdaftar dengan PERKESO dan seterusnya menawarkan jawatan kosong di Portal Pekerjaan Negara iaitu MYFutureJobs. Sejak Portal Pekerjaan Negara MyFutureJobs dilancarkan pada 15 Jun 2020 sehingga 7 Ogos 2020, terdapat 126,969 kekosongan jawatan aktif yang didaftarkan oleh majikan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,564 kekosongan adalah di dalam sektor pembinaan. Daripada kekosongan di dalam sektor pembinaan tersebut, sebanyak 3,045 jawatan atau 46.4% kekosongan adalah dalam kategori pengurusan, profesional, eksekutif dan juruteknik, manakala selebihnya dalam pelbagai kategori pekerjaan lain, dari perkeranian hingga pekerjaan asas.

Tags: 
#kkr #ksm #cidb #perkeso #mou #pwtc #kualalumpur #penjana #sektorpembinaan #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources