Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap dan Aku Janji Zeropotholes

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Berita untuk bahagian: 
Tarikh dan Waktu Acara: 
Selasa, 23 Jun 2020 - 10:30am
Sumber: 

KUALA LUMPUR, 23 JUN 2020 - Menteri Kanan Infrastruktur – Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah menyampaikan Sijil Kontraktor Penyiap kepada 41 daripada 285 kontraktor penyiap dalam satu majlis di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya (KKR). Majlis ini merupakan majlis penyampaian sijil siri ketiga, yang mana sebelum ini, majlis yang serupa telah diadakan pada 2 April 2019 di lokasi yang sama. Sewaktu Pra Kelayakan Siri Ketiga Kontraktor Penyiap yang dibuka bermula 17 Oktober 2019 hingga 13 Mei 2020 sebanyak 588 permohonan kontraktor telah diterima. Kesemua kontraktor penyiap perlu melepasi tiga (3) peringkat saringan dan seterusnya dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Hasil daripada peringkat saringan ini, 285 kontraktor penyiap telah berjaya diiktiraf sebagai kontraktor penyiap yang akan berpeluang untuk menyertai pelawaan perolehan secara tender terbuka bagi Projek-projek Sakit oleh semua Agensi Kerajaan. Turut berlangsung adalah Majlis Aku Janji Zero Potholes Tahun 2020 yang merupakan kesinambungan daripada program yang mula diperkenalkan pada tahun 2016. Program kali ini merupakan inisiatif Kementerian bersama Jabatan Kerja Raya dan enam buah syarikat konsesi bagi Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan juga Labuan untuk memperkukuhkan komitmen KKR terhadap penyampaian perkhidmatan penyenggaraan jalan di negara kita. Dibawah program zero potholes, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh masa 24 jam (secara sementara) daripada penemuan ataupun aduan kerosakan dan dalam tempoh tiga hari bagi pembaikan kekal selari dengan Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Raya dan kontrak penyenggaraan jalan persekutuan (FRM) pihak konsesi. Bagi memastikan perlaksanaan dan pemantauan yang effisien, JKR telah membangunkan satu Sistem Aplikasi Pemantauan Potholes (ASaPP) bagi memantau Potholes secara atas talian melalui penggunaan aplikasi di telefon bimbit, tablet dan Komputer. Turut hadir pada Majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, YBrs. Ir.Hj.Zulakmal bin Sufian, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), dan Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Tags: 
#infrarakyat #kkr #jkr #cidb
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources