Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Antara Bahagian KKR dan Sumbangan Anak Cemerlang Pendidikan

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Berita untuk bahagian: 
Tarikh dan Waktu Acara: 
Rabu, 22 Julai 2020 - 4:00pm
Sumber: 

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2020 – Kelab Sukan Dan Rekreasi Kementerian Kerja Raya (KSKKKR) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Antara Bahagian KKR dan Sumbangan Anak-Anak Cemerlang. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Seri Haji Fadillah Haji Yusof. Sukan Antara Bahagian KKR (SUKAB) 2020 telah berlangsung bermula 12 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2019 dengan mempertandingkan sebanyak 17 acara sukan melibatkan empat pasukan iaitu Pasukan Paver, Grader, Excavator dan Roller. Juara keseluruhan bagi Sukan Antara Bahagian (SUKAB) ini dimenangi oleh Pasukan Roller. Turut berlangsung adalah penyampaian sumbangan kepada anak Warga Kerja Raya yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seramai tiga orang dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seramai dua orang. Hadir sama ke majlis ini ialah YB Dato' Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian bersama YBhg. Dato' Ahmad Nazri Bin Embong, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan KKR.

Tags: 
#infrarakyat #kkr #kskkr #
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources