Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Pembukaan Central Spine Road Sekysen 3E1: Mentara Ke Merapoh, Pahang

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Ahad, 26 Julai 2020 - 9:00am
Sumber: 

Pembukaan Central Spine Road Sekysen 3E1: Mentara Ke Merapoh, Pahang

BENTONG, PAHANG, 26 JULAI 2020 – Keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang terus diberikan perhatian oleh Kerajaan apabila Projek Central Spine Road (CSR) sepanjang 347 kilometer dilaksanakan secara berperingkat.

Projek CSR dilaksanakan secara berperingkat bermula RMKe-9 dengan keutamaan pelaksanaan di Pakej 3 disebabkan isu keselamatan (kawasan kemalangan).

Seksyen 3E1 dari Mentara ke Merapoh Pahang dibuka secara rasminya oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jajaran CSR yang dibuka kepada pengguna adalah sepanjang 61 kilometer.

Skop utama Seksyen 3E1 dari Mentera ke Merapoh Pahang ialah melibatkan pembinaan jalan baru 4 lorong 2 hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 5.4 kilometer, satu (1) persimpangan bertingkat di Mentara, satu (1) persimpangan left in left out di Merapoh, satu (1) buah jambatan, dua (2) vehicular box culvert dan enam (6) box culvet. Seksyen 3E1 telah dimulakan pada 19 September 2016 dan telah disiapkan pada 16 Februari 2020 dengan kos pembinaan sebanyak RM93.58 juta.

Secara keseluruhan, Projek CSR dibahagikan kepada enam (6) pakej utama iaitu:

Pakej 1: Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan (47km)

Pakej 2: Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang, Kelantan (59.6km)

Pakej 3: Gua Musang ke Kg. Relong, Kuala Lipis, Pahang (93.4km)

Pakej 4: Kg. Relong, Kuala Lipis ke Raub, Pahang (45km)

Pakej 5: Raub ke Bentong, Pahang (54km)

Pakej 6: Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang (47.5km )

Tags: 
#kkr #jkr #llm #bentong #pahang #csr3e1 #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources