Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

700 Pekerja Pembinaan Warga Asing Hadir Ujian Saringan COVID19 Melalui Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Ahad, 5 Julai 2020 - 9:00am

700 Pekerja Pembinaan Warga Asing Hadir Ujian Saringan COVID19 Melalui Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2020 – Selaras dengan arahan kerajaan bagi memberi saringan secara bersasar, Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO telah diwujudkan bagi ujian saringan COVID-19 kepada pekerja asing di sektor pembinaan dan perkhidmatan kawalan keselamatan di Selangor dan Kuala Lumpur bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Bagi menggalakkan lebih ramai kontraktor menghantar pekerja warga asing mereka untuk menjalani ujian saringan COVID-19, CIDB telah bekerjasama dengan PERKESO untuk mengadakan satu sesi ujian saringan COVID-19 secara berkelompok bagi membolehkan kontraktor di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta negeri Selangor untuk menghantar pekerja mereka bagi menjalani ujian saringan tersebut.  Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan turut hadir meninjau proses saringan yang dianjurkan ini.

Inisiatif ini berjaya menarik penyertaan daripada 700 pekerja warga asing dari 59 syarikat kontraktor untuk menjalani ujian tersebut di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Lebih 13,000 pekerja warga asing di dalam sektor pembinaan telah menjalani ujian saringan COVID-19 melalui Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO sejak mula dilaksanakan pada 27 April 2020 yang lalu.

Sehingga kini, seramai 33,613 orang pekerja warga asing meliputi pelbagai sektor telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 40% adalah dari sektor pembinaan. Bermula 1 Jun 2020, skop PSP PERKESO telah diperluaskan melalui subsidi saringan sehingga RM150 bagi satu saringan kepada majikan bagi memastikan lebih banyak penyedia perkhidmatan saringan Covid-19 kepada pekerja. Majikan boleh menjalankan ujian saringan kepada pekerja yang layak dimana-mana klinik/ hospital yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #kkm #perkeso #psp #saringancovid19 #kitajagakita #kitamestimenang
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources