Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kepentingan Kerjasama Kerajaan Dan Penggiat Industri Pembinaan, Elak Penularan Wabak Covid-19 Di Penempatan Pekerja

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Selasa, 7 Julai 2020 - 9:00am
Sumber: 

Kepentingan Kerjasama Kerajaan Dan Penggiat Industri Pembinaan, Elak Penularan Wabak Covid-19 Di Penempatan Pekerja

KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2020 - Kementerian Kerja Raya (KKR) menggesa peneraju industri pembinaan dan agensi-agensi berkaitan untuk memperkukuh kerjasama bagi mengelakkan penularan wabak penyakit COVID-19 di penempatan pekerja.

Sehubungan itu, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya mengetuai delegasi pelbagai Kementerian dan Agensi bagi melihat sendiri keadaan penempatan pekerja pembinaan di Bangsar South. Penempatan pekerja yang telah dibina sejak 15 tahun lepas menempatkan seramai 950 orang pekerja binaan. Penempatan ini dilengkapi dengan kabin penginapan, tempat mandi, tandas dan tempat memasak yang lengkap dan bersih. Selain aktiviti pembersihan dan nyahkuman, penyemburan serangga atau fogging, serta kawalan makhluk perosak juga dilakukan secara berkala bagi mengelakkan penyebaran penyakit.

Turut hadir di dalam program lawatan ini adalah Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M.Saravanan. Kementerian Sumber Manusia memegang peranan penting di dalam penguatkuasaan Akta 446 iaitu Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990. Akta tersebut telah dipinda pada 2019 untuk meliputi semua sektor pekerjaan yang menyediakan kemudahan perumahan dan penginapan pekerja. Sebelum pindaan, Akta 446 hanya meliputi sektor peladangan dan perlombongan. Penguatkuasaan Akta ini dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sebuah Jabatan di bawah Kementerian tersebut. YBhg. Dato' Mohd Jeffrey Bin Joakim, Ketua Pengarah JTK turut hadir pada program hari ini untuk melihat sendiri keadaan penempatan pekerja binaan yang disediakan di Bangsar South ini.

Kehadiran Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato' Nor Hisham Bin Ahmad Dahlan juga adalah amat signifikan kerana DBKL adalah pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan kelulusan untuk pembinaan penempatan pekerja samada di dalam, mahupun di luar tapak bina. DBKL juga telah membangunkan satu garis panduan untuk penginapan pekerja di tapak bina.

CIDB pula sebagai agensi di bawah Kementerian Kerja Raya yang bertanggungjawab dalam membangunkan industri pembinaan, telah memainkan peranan penting dalam memudahcara peneraju industri dan juga agensi berkaitan dalam membangunkan Malaysian Standard for Temporary Construction Workers’ Amenities and Accomodation (MS 2593:2015). Penerbitan MS 2593:2015 ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Construction Industry Transformation Programme (CITP). CIDB di wakili oleh Pengerusinya, Ir. Hj Yusuf Bin Hj Abd Wahab dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.

Satu lagi agensi yang turut berperanan penting di dalam penguatkuasaan penempatan pekerja melalui Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) adalah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang juga di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pengarah JKKP Kuala Lumpur, Husdin Che Amat juga turut serta di dalam program lawatan pada hari ini.

Penemuan 88 kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mei 2020 menunjukkan bahawa, penempatan pekerja boleh menjadi tempat penularan wabak COVID-19 jika Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak dipatuhi.

Tinjauan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta agensi-agensi berkaitan mendapati, penempatan pekerja yang mempunyai kes positif COVID-19 tersebut adalah terlalu sesak dengan penghuni. Situasi ini menyebabkan tiada amalan penjarakan sosial. Penempatan pekerja terbabit juga tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan tahap kebersihannya tidak memuaskan. Sejak kes penularan itu dikesan, kontraktor-kontraktor terbabit telah memindahkan pekerja mereka ke penempatan yang lebih selesa, bersih dan mematuhi keperluan SOP.

Secara amnya semua penempatan pekerja yang terletak di dalam mahupun di luar tapak pembinaan perlulah memenuhi 3 perkara asas, iaitu:

1. Selamat, bersih dan selesa;

2. Mempunyai keluasan yang sesuai dengan jumlah penghuni; dan

3. Mematuhi peraturan dan undang-undang di semua peringkat. 

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakaan Pemulihan (PKPP) semua penempatan pekerja masih perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:

1. Melakukan pembersihan dan nyahkuman 3 kali sehari di kawasan gunasama.

2. Menyediakan kemudahan mencuci tangan dan hand sanitizer;

3. Mengambil suhu badan dan menyaring gejala COVID-19 seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas pekerja setiap hari sebelum memasuki tempat kediaman dan direkod. Pekerja dengan suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius dan menunjukkan gejala COVID-19 tidak dibenarkan bertugas;

4. Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter di antara pekerja diamalkan;

5. Membekalkan setiap pekerja dengan alat pelindung diri seperti pelitup muka;

6. Menghalang kemasukan pelawat kecuali pihak yang diberi kuasa; dan

7. Menghalang aktiviti berkumpulan

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #ksm #dbkl #jtk #citp #osha #jkkp #kkm #mkn #sop #pkpp #covid19 #kitajagakita #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources