Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Tender Terbuka Perkhidmatan Perunding Secara Lead Consultant- LC Bagi Pelaksanaan Projek Meroboh Dan Membina Kuarters Ko...

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
TENDER/SEBUTHARGA
IKLAN TENDER/SEBUTHARGA
Maklumat Perolehan
Jenis Perolehan: 
Tender
Tajuk Perolehan: 
Tender Terbuka Perkhidmatan Perunding Secara Lead Consultant- LC Bagi Pelaksanaan Projek Meroboh Dan Membina Kuarters Kompleks Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar, Perlis
Pejabat Yang Memanggil: 
CAWANGAN KERJA KESELAMATAN . IBU PEJABAT JKR MALAYSIA , KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan: 
21/05/2020
Jenis: 
Terbuka
Maklumat Kontraktor
Pengkhususan: 

Kod Bidang
330201 (Arkitek)

Syarat Utama Pelawaan
1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang yang ditetapkan

2. Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah; dan

3. Mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Dokumen Pelawaan

NOTA
'*Nota:
1. Lead Consultant - LC atau Perunding Utama hendaklah melantik sub perunding sebagaimana yang ditetapkan dalam Arahan Kepada Petender.
2. Tarikh penjualan dokumen dan tarikh tutup tender mungkin akan berubah tertakluk kepada Arahan Kerajaan Berhubung Langkah-Langkah Pengawalan Wabak Covid-19 yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Petender adalah dinasihatkan untuk merujuk portal ini dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.

PERHATIAN
Firma yang berhasrat menyertai tender ini hendaklah memohon secara rasmi kepada urusetiatenderca@jkr.gov.my atau yusriarieff@jkr.gov.my bermula daripada 10 Jun 2020 sehingga 24 Jun 2020. Hanya penama yang tercatat di atas Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja dibenarkan membuat permohonan dengan menggunakan e-mel rasmi firma masing-masing. Permohonan secara selain dari yang dinyatakan dan/atau di luar tarikh yang ditetapkan adalah tidak sah dan tidak akan dilayan. Dokumen Tender akan diedarkan tanpa dikenakan bayaran kepada firma yang layak. Permohonan firma hendaklah disertakan bersekali dengan salinan dalam format *.pdf Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding dan Sijil Pendaftaran Lembaga Professional yang disahkan. Pada tarikh tutup tender, Dokumen Tender hendaklah dikemukakan secara SERAHAN TANGAN sahaja kepada Pejabat Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan & Akaun, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 KUALA LUMPUR.

Cadangan Tender yang terdiri daripada Cadangan Teknikal & Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan 'CADANGAN TEKNIKAL' dan 'CADANGAN KOS' di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan.

Kedua-dua Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul bersaiz besar yang berlakri dan ditulis seperti berikut :-

DOKUMEN TENDER PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING UTAMA (LEAD CONSULTANT - LC) UNTUK
PROJEK MEROBOH DAN MEMBINA KUARTERS KOMPLEKS AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (AKSEM) PADANG BESAR, PERLIS

NO. RUJUKAN TENDER: JKR/IP/CA/TTB-LC/2020/01

NO. SIRI DOKUMEN TENDER : CA/PTDR - /2020

Cadangan Tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan Terbuka di alamat seperti di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari pada 8 Julai 2020. Dokumen Cadangan Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat Dokumen Tender/Sebutharga
Tarikh Mula Dijual: 
10/06/2020
Tarikh Akhir Dijual: 
24/06/2020
Tarikh Tutup: 
08/07/2020 - 12:00pm
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources