Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Penyerahan Projek Dua Buah Jambatan Compact Bailey Ranau , Sabah – Kaedah Strategi Lautan Biru Kebangsaan

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Rabu, 11 Mac 2020 - 9:00am
Sumber: 

Penyerahan Projek Dua Buah Jambatan Compact Bailey Ranau , Sabah – Kaedah Strategi Lautan Biru Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 11 MAC 2020 - Berikutan kejadian Gempa Bumi pada tahun 2015, sebahagian kawasan Ranau mengalami perubahan bentuk mukabumi dan mengakibatkan jambatan sedia ada roboh. Ini termasuklah jambatan yang menjadi penghubung ke Chalet milik pihak Taman – taman Sabah seperti Mersilau Nature Park, Ranau, Sabah.

Implikasi daripada keperluan mendesak bagi jalan penghubung ke chalet tersebut, Kementerian Kerja Raya telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia melalui kaedah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, untuk merealisasikan projek pembinaan dua buah jambatan compact bailey ini. Regimen Askar Jurutera Diraja telah dilantik sebagai Agensi pelaksana dan bekalan bahan binaan dibekalkan oleh JAD Resources.

Kementerian Kerja Raya telah mendapat kelulusan peruntukan sejumlah RM15 juta untuk projek ini dan telah dimulakan pelaksanaannya pada 3 Julai 2017 dan siap sepenuhnya pada 15 November 2019.

Sehubungan itu, satu majlis penyerahan dua jambatan compact bailey yang telah siap dibina telah diadakan di Bilik Bunga Raya, Kompleks Kerja Raya.

Penyerahan projek ini daripada pihak Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kementerian Kerja Raya dan seterusnya kepada pihak Taman – taman Sabah sebagai pengguna akhir kedua –dua jambatan ini. Majlis ini dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd dan para pegawai daripada agensi terlibat.

Tags: 
#kkr #atm #mindef #compactbaileybridge #rajd #jadresources #kualalumpur #ranau #sabah #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources