Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

871 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR 2019 Dirai

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Khamis, 5 Mac 2020 - 9:00am

871 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR 2019 Dirai

KUALA LUMPUR, 5 MAC 2020 - Seramai 871 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya 2019 (APC2019) telah diraikan pada hari ini yang terdiri daripada 59 penerima dari Kementerian Kerja Raya, 81 penerima dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), 27 Penerima dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan 704 penerima dari Jabatan Kerja Raya (JKR).  Pada majlis tersebut juga, seorang penerima ‘Pingat Perkhidmatan Cemerlang’ (PPC) telah diumumkan iaitu Sr. Dr. Azmi bin Mohamed @ Mohd Adnan, Juruukur Bahan dari Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, LLM yang akan menerima pingat tersebut daripada Menteri Kerja Raya dalam satu majlis berasingan.

Majlis yang bertemakan "MENEROKAI POTENSI, MENGUNGGULI PRESTASI" ini membawa kepada konteks penjawat awam yang sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas melangkaui kemampuan dan sentiasa berada pada tahap prestasi yang optimum dalam memacu visi Kementerian serta mendepani cabaran-cabaran yang mendatang.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia. Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Dato' Dr. Ong Gua Pak, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan, Kementerian Kerja Raya serta Ketua – ketua Pengarah Agensi.

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #llm #apc2019 #ppc2019 #menerokaipotensi #mengungguliprestasi
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources