Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Hala Tuju Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Khamis, 20 Februari 2020 - 11:00am

KUCHING, SARAWAK, 20 FEBRUARI 2020 – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini menyerah surat pelantikan kepada JKR Sarawak sebagai Pegawai Penguasa (Superintending Officer - SO) bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal selia pelaksanaan projek serta menguruskan pentadbiran kontrak dan Wakil Pegawai Penguasa (Superintending Officer Representative - SOR) bertanggungjawab untuk membantu SO dalam pemantauan dan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak.

Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian telah merasmikan upacara penyerahan surat pelantikan dan pada masa yang sama mengemukakan pelan hala tuju projek LPB Sarawak. Majlis ini telah diadakan di Pejabat JKR Sarawak, Wisma Saberkas, Kuching dan turut disiarkan secara langsung melalui video ke Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Hala tuju baharu pelaksanaan projek LPB Sarawak adalah bukti komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperlihatkan kelangsungan pembinaan lebuhraya ini untuk pembangunan negeri Sarawak dan kesejahteraan masyarakat tempatan. Dengan tamatnya kontrak syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd. (LBU) sebagai Project Delivery Partner (PDP), yang berkuat kuasa pada 20 Februari 2020, Projek LPB Sarawak kini akan dilaksanakan melalui kaedah konvensional, dimana KKR mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan projek dengan kerjasama JKR Malaysia dan JKR Sarawak.

Melalui kaedah konvensional ini, JKR Malaysia akan berperanan sebagai Jurutera Perunding Bebas (Independent Consulting Engineer – ICE) dalam memberi khidmat nasihat kepada KKR dan JKR Sarawak untuk memastikan pematuhan spesifikasi teknikal dan pengauditan berkala. KKR juga memperlihatkan kelangsungan pembinaan terhadap 11 Kontraktor Pakej Kerja (Work Package Contractor – WPC) dan 40 kontrak perunding telah dilantik semula oleh Kerajaan berdasarkan baki kontrak semasa.

Penamatan pelaksanaan projek melalui kontrak PDP ini bertujuan untuk mengurangkan implikasi kewangan kepada Kerajaan dengan menggunakan kepakaran sedia ada melalui Agensi Teknikal (JKR Sarawak dan JKR Malaysia). Disamping itu, ia juga merupakan penambahbaikan kepada struktur pelaksanaan projek dengan mengekalkan khidmat kontrak perunding yang diperlukan sahaja tanpa menjejaskan skop, aspek keselamatan dan kelangsungan projek.

Selain itu, Pelan Pengurusan Trafik dan penyenggaraan semasa pembinaan akan ditambah baik melalui pemantauan secara langsung dan berterusan oleh KKR dan JKR Sarawak.

Anggaran penjimatan berdasarkan perbezaan keseluruhan kos pembangunan di antara model PDP dan kaedah konvensional adalah sebanyak RM3.002 bilion. Ini mengambil kira kos pembangunan model PDP sebanyak RM21.848 bilion termasuk kos pembinaan yang ditandangani. Melalui kaedah konvensional yang merupakan halatuju baharu projek ini, anggaran kos pembangunan keseluruhan adalah RM18.846 bilion dengan mengambil kira kos-kos PDP sehingga penamatan PDP pada 20 Februari 2020.

Namun begitu, kos muktamad hanya akan diperolehi selepas penilaian penuh dilakukan dimasa yang akan datang. Dari segi penjimatan yang diperolehi dengan tiada lagi pembayaran yuran PDP untuk kedua-dua projek LPB Sarawak dan LPB Sabah, anggaran penjimatan adalah sebanyak RM1.2 bilion (yuran PDP bagi LPB Sabah sebanyak RM0.640 bilion dan yuran LPB Sarawak sebanyak RM0.559 bilion). LPB Sarawak merangkumi 11 pakej sepanjang 786.41 km dan telah bermula pada bulan Oktober 2015. 1 kontrak pakej kerja iaitu WPC01 (jajaran Telok Melano ke Semantan sepanjang 33 km) telah siap mengikut jadual pada 6 Januari 2019.

Tags: 
#kkr #jkr #infrarakyat #panborneo
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources