Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Penyerahan Projek Pembinaan Semula Dan Menaik Taraf Sekolah Daif 2019 SK Bandar Bintangor, Sarawak

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Jumaat, 7 Februari 2020 - 9:00am
Sumber: 

Penyerahan Projek Pembinaan Semula Dan Menaik Taraf Sekolah Daif 2019 SK Bandar Bintangor, Sarawak

BINTANGOR, SARAWAK, 7 FEBRUARI 2020 – Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kerja Raya berterusan menyediakan persekitaran yang kondusif, selesa dan selamat kepada para pelajar terutamanya mereka yang bersekolah di bangunan sekolah yang daif.

Sehubungan itu, satu Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Semula dan Menaik taraf Sekolah Daif 2019 di Sarawak (Pakej 5) bagi SK Bintangor, Bintangor, Sarawak telah berlangsung dan disempurnakan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Kebangsaan Bintangor ini telah disiapkan dua (2) bulan lebih awal daripada jadual asal. Projek ini memenuhi kualiti dan spesifikasi keselamatan seperti yang telah ditetapkan dan turut menggunakan teknologi sistem IBS.

Terdapat tiga puluh dua (32) buah sekolah telah dipilih dan menerima peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah projek pembinaan semula dan menaik taraf sekolah daif ini. Projek-projek ini merupakan projek yang terkandung dalam Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-Sebelas.

Status semasa 32 projek sekolah daif tersebut adalah, empat buah sekolah telah siap, dua puluh enam (26) buah dalam proses pembinaan, manakala dua buah sekolah di peringkat perolehan kerana rekabentuk baharu perlu dilaksanakan akibat tapak sekolah yang sempit. Tender dijangka akan dikeluarkan pada 15 Februari 2020.

Daerah yang terlibat adalah Betong, Seratok, Serian, Samarahan, Kapit, Julau, Bintangor, Tanjong Manis, Daro, Dalat, Kanowit, Limbang, Lawas, Bintulu, Belaga, Baram, Subis dan Miri.

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #kpm #skbitangor #sarawak #naiktaraf #sekolahdaif #ibs #rp4 #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources