Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini
Kategori Bahagian: 
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan)
Visi: 
  • Mendapatkan warga Kerja Raya yang berkualiti dan menerapkan nilai serta etika kerja yang murni.
  • Membangun dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran setiap warga Kerja Raya.
  • Memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan profesional.
  • Merancang dan menyediakan struktur organisasi yang optimum untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan.
Misi: 

Menjadi Bahagian yang berupaya merancang, membangun dan menguruskan modal insan yang cemerlang.

Objektif: 

Untuk menyediakan sumber manusia yang mencukupi, berkualiti, kompeten dan berintegriti bagi mencapai objektif Kementerian.

Aktiviti-aktiviti dan Fungsi: 

Cawangan Pembangunan Organisasi (CPO)

Unit Perjawatan

  1. Carta Organisasi
  2. Pemohonan tambah/mansuh perjawatan
  3. Penstrukturan semula organisasi

Unit Penyelidikan

  1. Kajian penambahbaik skim
  2. Naziran
  3. Perancangan Strategik Sumber

Unit HRMIS

  1. Menyelaras dan membantu pelaksanaan HRMIS peringkat Kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian
  2. Mengendalikan program latihan/bengkel/taklimat kepada pengguna dan membangunkan kepakaran untuk menggunakan Aplikasi HRMIS di agensi.
  3. Sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS.
  4. Bertindak sebagai meja bantuan (helpdesk) iaitu menyelesaikan masalah pengguna di Kementerian berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS.

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (CPP)

Unit Penempatan

  1. Permohonan Pengisian Jawatan & Penempatan (Kumpulan P&P dan Sokongan). 
  2. Pengurusan Pengambilan Jawatan Lantikan KSU (Pengiklanan, Temuduga, Penempatan). 
  3. Pengurusan Pertukaran Kumpulan P&P Gunasama dan  Kumpulan Sokongan di KKR.

Unit Perkhidmatan

  1. Pengurusan Perkhidmatan bagi semua warga KKR dan Kumpulan Pelaksana di JKR.

Cawangan Pembangunan Modal Insan (CPMI)

  1. Menyelaras dan menguruskan pelaksanaan program/latihan 
  2. Memproses permohonan untuk menghadiri kursus anjuran agensi luar(dalam/luar negara)
  3. Urusetia Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia 
  4. Memproses permohonan lawatan/urusan rasmi ke luar negara
  5. Menjalankan kajian kompetensi atau kemahiran pegawai bagi mengetahui tahap kompetensi pegawai. 
  6. Mengenalpasti / membangunkan latihan yang bersesuaian dengan tahap kompetensi yang diperlukan.

Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya (CPPKK)

Unit Pengurusan Prestasi

  1. LNPT
  2. Penilaian Kompetensi
  3. Majlis Bersama Jabatan
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  5. Anugerah Pingat / Darjah Kebesaran

Unit Naik Pangkat

  1. Menguruskan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat. 
  2. Menguruskan urusan rayuan Kenaikan Pangkat. 
  3. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Induk Search Committee KKR. 
  4. Menyedia & mengemaskini Pelan Penggantian (Succession Planning) KKR.
  5. Menguruskan Pertukaran sementara/pertukaran tetap/ peminjaman pegawai KKR (Bukan Gunasama) ke Agensi Kerajaan, Swasta serta Agensi Antarabangsa.

Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs)

Merancang, menyelaras dan melaksanakan perkhidmatan psikologi berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005 yang merangkumi aplikasi psikologi:

  • Pembangunan 
  • Pencegahan
  • Interversi
  • Pemulihan

Seksyen Intervensi & Sekretariat

  1. Pengurusan dan perkhidmatan intervensi kaunseling. 
  2. Penyelarasan dan keurusetiaan dasar KKR (PTKKR, PSO & PSPSM) 
  3. Penyelarasan kualiti perkhidmatan (Akta 580) & Manual Prosedur Kerja (MPK) 
  4. Pelaksanaan dan penyelarasan program sebar luas perkhidmatan psikologi. 
  5. Pelaksanaan dan penyelarasan program pementoran. 
  6. Pengurusan perkhidmatan psikometrik dalam sumber manusia. 
  7. Pegawai perhubungan psikologi jabatan dan agensi. 
  8. Pengurusan dan perkhidmatan program Dasar Pemisah (Exit Policy)

Seksyen Psiko-Pendidikan & Penyelidikan

  1. Pelaksanaan progam aplikasi pembangunan, pencegahan dan pemulihan psikologi. 
  2. Penyelarasan naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Pengurusan Sumber Manusia (SKPPSM). 
  3. Penyelarasan program AKRAB. 
  4. Pelaksanaan dan penyelarasan penyelidikan organisasi dan kajian kepuasan pekerja. 
  5. Penyelarasan program psikopendidikan, pameran & outreach. 
  6. Penyelarasan program praktikum/ latihan industri/ amali pelajar kaunseling / psikologi institut pengajian tinggi.

Unit Khidmat Pengurusan

    1. Pengurusan Kewangan Dan Aset : 

  • Mengurus dan menyelaras urusan kewangan BPSM.
  • Mengurus  dan menyelaras urusan pemprosesan, penyelenggaraan dan pelupusan aset BPSM. 
  • Mengurus  dan menyelaras urusan stor BPSM.

    2. Pengurusan Pentadbiran :

  • Urusan Pentadbiran Am Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
  • Melaksanakan hal-hal berkaitan pembangunan, keselamatan, 
  • Penyelenggaraan, kebersihan dan keceriaan BPSM

    3. Webmaster Bahagian.

    4. Pengurusan Rekod Dan Fail Bahagian.

    5. Keurusetiaan  Dan Penyelarasan Am.

    6. Mengawal selia penyediaan MPK dan Myfortfolio anggota BPSM.

    7. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Taska KKR.

    8. Penyediaan maklum balas:

  • Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian Dan Ketua Perkhidmatan;
  • Mesyuarat Jawatankuasa Audit;
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan; 
  • Mesyuarat Jawatankuasa Aset; 
  • Lain-lain mesyuarat jawatankuasa di pelbagai peringkat.
  • Maklumat dan dokumen bagi pemeriksaan Audit.

    9.  Jawatankuasa Pelaksana Amalan EKSA BPSM.

    10. Pegawai Kualiti Bahagian dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 KKR.

    11. Mesyuarat Pengurusan.

Piagam Pelanggan: 

Cawangan Pembangunan Organisasi (CPO)

    1. Mengkaji dan memproses permohonan cadangan penyusunan semula struktur organisasi/kajian perjawatan/penambahbaikan skim perkhidmatan dan mengemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh permohonan     lengkap diterima.

    2. Memastikan isu teknikal berkaitan HRMIS diselesaikan dalam tempoh 10 minit daripada tempoh aduan diterima (tanpa gangguan sistem HRMIS).

  • Set semula kata laluan
  • Set semula status log masuk

    3. Mewujud dan menyelenggara data dan rekod pemilik kompetensi dalam unit organisasi mengikut data perjawatan dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh terima maklumat lengkap.

    4. Mewujudkan aliran kerja dan penetapan peranan pemilik kompetensi yang berkaitan dalam tempoh 14 hari bekerja (bergantung kepada saiz penstrukturan organisasi) daripada tarikh terima maklumat lengkap.

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (CPP)

    1. Menyelesaikan urusan pengambilan pegawai Kumpulan Sokongan di bawah perwakilan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diselesaikan dalam tempoh lima (5) bulan sehingga pegawai melaporkan diri.

    2. Memastikan setiap urusan perkhidmatan diselesaikan dalam tempoh:

  1. lima (5) hari bekerja (Perkhidmatan Guna Sama) sebelum dipanjangkan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selepas permohonan lengkap diterima; dan
  2. empat belas (14) hari bekerja (Perkhidmatan Bukan Guna Sama) selepas permohonan lengkap diterima.

    3. Urusan penempatan pegawai tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh pegawai melaporkan diri.

    4. Memastikan dokumen pra persaraan disediakan dalam tempoh 1 tahun sebelum tarikh persaraan.

    5. Memastikan urusan Pembayaran/ Penyelarasan Gaji dan Elaun (Penyediaan Penyata Perubahan Kew.8) disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

    6. Urusan permohonan ke luar negara / cuti menunaikan Haji dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan.

    7. Mengeluarkan keputusan penanggungan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

    8. Permohonan semua jenis cuti kecuali cuti rehat diproses dan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

    9. Perakuan pelantikan secara Pertukaran Sementara / Peminjaman / Pertukaran Tetap bagi Jawatan Bukan Guna Sama (Teknikal) dikemukakan kepada  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

Cawangan Pembangunan Modal Insan (CPMI)

    1. Memastikan  keputusan permohonan mengikuti kursus / latihan dalam dan luar negara dikeluarkan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

    2. Keputusan Kursus Induksi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kursus berakhir bagi setiap sesi.

Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya (CPPKK)

    1. Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Perkhidmatan Bukan Gunasama dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh empat belas (14) hari  bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.       

Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs)

    1. Memastikan sesi intervensi dikendalikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.

    2. Memastikan laporan sesi intervensi disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas sesuatu sesi.

    3. Memastikan laporan ujian psikologi (psikometrik) disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tempoh maklumbalas ujian diterima kemaskini / diduduki.

    4. Memastikan Kod Etika & Peraturan di bawah Akta Kaunselor (Akta 580) dipatuhi sepanjang pelaksanaan tugas profesional.

    5. Memastikan pelaksanaan program pencegahan, pembangunan dan pemulihan dalam pengurusan sumber manusia.

    6. Memastikan pelaksanaan penyelidikan mengikut standard yang telah ditetapkan.

Alamat: 

Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tingkat 14, Blok B Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 Kuala Lumpur

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources