Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Sesi Libat Urus Penggubalan Dasar Pembinaan Negara 2030 Bersama Pemegang Taruh

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Isnin, 2 Disember 2019 - 9:00am
Sumber: 

Sesi Libat Urus Penggubalan Dasar Pembinaan Negara 2030 Bersama Pemegang Taruh

KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2019 - Kementerian Kerja Raya Malaysia melalui Bahagian Dasar Dan Antarabangsa (BDA) sedang membangunkan Dasar Pembinaan Negara 2030 (DPN2030). DPN 2030 secara amnya akan menjadi dasar utama yang dirujuk dalam memandu arah dan memacu sektor pembinaan negara secara keseluruhan dengan menekankan kepentingan kelestarian, daya saing dan modal insan bagi membangunkan negara yang makmur, mampan dan inklusif.

Satu Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh bagi Penggubalan DPN 2030 telah diadakan untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan semua pihak berkepentingan dalam industri pembinaan bagi memastikan tiada kepincangan pada DPN 2030 yang disasarkan dilancarkan pada suku kedua tahun 2020. Dapatan dan hasil sesi libat urus ini dimanfaatkan dalam menyusun kerangka DPN 2030 yang komprehensif.

Sesi libat urus ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan yang menyampaikan ucaptama bertempat di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya. Pembentangan draf DPN 2030 telah disampaikan oleh YBrs. Encik Azman bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian Dasar dan Antarabangsa, KKR.

Tags: 
#kkr #bda #dpn2030 #sesilibaturus #kualalumpur #komplekskerjaraya #biliktanjung #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources