Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

7 Wartawan Sabah Diiktiraf Sempena Anugerah Media Pembinaan 2019

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Jumaat, 22 November 2019 - 8:30pm
Sumber: 

7 Wartawan Sabah Diiktiraf Sempena Anugerah Media Pembinaan 2019

KOTA KINABALU, 22 NOVEMBER 2019: Kementerian Kerja Raya dan agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) meraikan kecemerlangan 7 wartawan dan jurugambar di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2019 (AMP 2019), Negeri Sabah. AMP 2019 yang dianjurkan buat kali ke-5 ini memberi penghargaan kepada wartawan dan jurugambar yang komited dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan sektor pembinaan kepada rakyat Malaysia.

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian bertempat di Hotel Hilton. Karya-karya penyertaan berkisar tentang sektor pembinaan berdasarkan empat teras strategik Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020, iaitu Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme, Kemampanan Alam Sekitar, Produktiviti serta Pengantarabangsaan.

Daily Express mengungguli kategori Media Cetak dan Portal Berita, dengan memenangi tempat pertama menerusi wartawannya, Larry Bin Ralon dengan penulisan bertajuk “CIDB uses drones for monitoring, investigation”. Tempat kedua dan ketiga dimenangi wartawan dari The Borneo Post, iaitu Neil Brian Joseph dan Mariah Airiens Doksil.

Manakala bagi kategori Media Penyiaran Televisyen dan Video Dalam Talian, RTM Sabah membawa pulang kesemua anugerah yang mana tempat pertama dimenangi oleh wartawannya, Serina Olivia Chong, Jiliana Bangot dan Awg Mohd Zulfahmi Bin Zulkiply menerusi liputannya, ‘ABM Platform’. Tempat kedua dimenangi Aritika Binti Mabni @ Matbee, Morhalim Bin Mohammed dan Zulhizam Bin Mohd Salleh dengan tajuk liputan ‘Laporan Khas: Jambatan Simpudu’ manakala tempat ketiga dimenangi Iswadiman Bin Dominikus dan Saziri Bin Ibin dengan liputan ‘Pembangunan DUN Kuamut’.

Bagi kategori Fotografi, hadiah saguhati dimenangi oleh Arjasneh Bin Ahmad dari Bernama dengan tajuk “Imigresen Tahan Warga Asing”. Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai, sijil dan plak hadiah dengan pemenang tempat Pertama membawa pulang wang tunai RM5,000, Kedua RM3,000, Ketiga RM2,000 dan saguhati RM1,000.

Tags: 
#kkr #cidb #amp2019 #medianight2019 #medianightsabah #kotakinabalu #sabah #hotelhilton
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources