Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

11 Wartawan Sarawak Diiktiraf Sempena Anugerah Media Pembinaan 2019

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Jumaat, 15 November 2019 - 8:30pm
Sumber: 

11 Wartawan Sarawak Diiktiraf Sempena Anugerah Media Pembinaan 2019

KUCHING, 15 NOVEMBER 2019: Kementerian Kerja Raya dan agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) meraikan kecemerlangan 11 wartawan dan jurugambar di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2019 (AMP 2019), Negeri Sarawak. AMP 2019 yang dianjurkan buat kali ke-5 ini memberi penghargaan kepada wartawan dan jurugambar yang komited dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan sektor pembinaan kepada rakyat Malaysia.

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian bertempat di Hotel Pullman. Karya-karya penyertaan berkisar tentang sektor pembinaan berdasarkan empat teras strategik Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020, iaitu Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme, Kemampanan Alam Sekitar, Produktiviti serta Pengantarabangsaan.

Borneo Post mengungguli kategori Media Cetak dan Portal Berita, dengan memenangi tempat pertama menerusi wartawannya, Yvonne Tuah Merawin dengan penulisan bertajuk ‘Clearing the air for construction’ dan juga tempat ketiga dengan penulisan Sharon Kong Yih Hieng, bertajuk ‘The business of railway connectivity’.

Manakala TV3 Sarawak membawa pulang dua anugerah bagi kategori Media Penyiaran Televisyen dan Video Dalam Talian yang mana tempat pertama dimenangi oleh wartawannya, Adib Bin Othman dan Farizan Bin Jalal menerusi liputannya, ‘Lebuhraya Pan Borneo: Pakej pertama siap Januari ini’ dan tempat ketiga oleh Kadir Anak Edison dan Farizan Bin Jalal dengan liputan ‘Tanggungjawab sosial: Petronas bantu bina asrama pelajar’.

Bagi kategori Fotografi, tempat pertama dimenangi oleh New Sarawak Tribune oleh jurugambarnya, Ramidi Bin Subari dengan gambarnya yang bertajuk ‘Brave or just careless’. Kesemua pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai beserta sijil dan trofi. Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

A. Kategori Media Cetak & Portal Berita (Berita & Rencana): Pertama (RM5,000) Yvonne Tuah Merawin, Borneo Post, “Clearing the air for construction” Kedua (RM3,000) Haini Binti Darani, Utusan Sarawak, “Pekerja terlatih, teknologi tiada” Ketiga (RM2,000) Sharon Kong Yih Hieng, Borneo Post, “The business of railway connectivity”

B. Kategori Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian: Pertama (RM5,000) Adib Bin Othman & Farizan Bin Jalal, TV3 Sarawak, “Lebuhraya Pan Borneo : Pakej pertama siap Januari ini” Kedua (RM3,000) Mohd. Shadiqin Bin Mohd. Bahrin, RTM Kuching, “BERSIRI: Jajaran Pan Borneo” Ketiga (RM2,000) Kadir Anak Edison & Farizan Bin Jalal, TV3 Sarawak, “Tanggungjawab sosial: Petronas bantu bina asrama pelajar”

C. Kategori Fotografi: Pertama (RM5,000) Ramidi Bin Subari, New Sarawak Tribune, “Brave or just careless” Kedua (RM3,000) Zulazhar @ June Bin Sheblee, The Star, “Canine on the job” Ketiga (RM2,000) Andre Oliveiro Bin Rapa'ee, Utusan Sarawak, “Patuh peraturan keselamatan”

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #llm #medianight #sarawak #kuching #pullmanhotel #amp2019 #malampenghargaan #pengiktirafan #borneo #infraakyat
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources