Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2019 “Warga Inovatif, Organisasi Produktif”

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Khamis, 31 Oktober 2019 - 9:00am
Sumber: 

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2019 “Warga Inovatif, Organisasi Produktif”

ALOR GAJAH, 31 OKTOBER 2019 - Kementerian Kerja Raya (KKR) sekali lagi menganjurkan program tahunan Hari Inovasi dengan objektif untuk memperkasakan budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga Kerja Raya dan seterusnya memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada warga Kementerian dan agensi yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan serta memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi.

Majlis yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya Malaysia ini, mendukung tema “Warga Inovatif, Organisasi Produktif”. Tema ini melambangkan komitmen Kementerian dan agensi selaras dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berasaskan inovasi dan kreativiti.

Yang Berbahagia Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah hadir mewakili Menteri Kerja Raya merasmikan majlis pada hari ini dan seterusnya menyampaikan dua belas (12) hadiah Anugerah Inovasi yang telah dipertandingkanseperti senarai berikut:

1. Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat (AIPP) KKR

2. Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) KKR

3. Anugerah Inovasi ICT (AIICT) KKR

4. Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik

5. Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Daerah Terbaik

6. Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik Kategori Projek RM500 Ribu Hingga RM20 Juta

7. Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik Kategori Projek Melebihi RM20 Juta

8. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Pengurusan

9. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Teknikal

10. Anugerah Audit Terbaik Tahun 2018

11. Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan Kaunter Negeri dan Cawangan

12. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) LLM

Sebanyak sepuluh (10) pemamer menyertai Pameran Hari Inovasi pada hari ini. Pemamer yang terlibat adalah Kementerian Kerja Raya dan agensi – agensi di bawah Kementerian Kerja Raya iaitu Jabatan Kerja Raya, CIDB dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Majlis hari ini juga turut diserikan lagi dengan sesi ceramah Inovasi yang bertajuk “Inovasi Dalam Industri 4.0 dan Smart City” yang disampaikan oleh Ts. Zulkiflee Bin Mohamad, Pengarah Program Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Perdana Menteri.

Sambutan Hari Inovasi ini diharap mampu memberi dorangan kepada warga Kementerian Kerja Raya dan agensi agar tidak jemu untuk terus berinovasi dan mencari idea-idea baru dalam menyampaikan perkhidmatan dengan lebih baik.

Tags: 
#kkr #jkr #llm #cidb #hariinovasi2019 #create #alorgajah #melaka #wargainovatif #organisasiproduktif #infrarakyat
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources