Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Perasmian Pembukaan Pakej 2A: Kadok Ke Ketereh, Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai, Kelantan

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Eksa
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Ahad, 20 Oktober 2019 - 9:00am

Perasmian Pembukaan Pakej 2A: Kadok Ke Ketereh, Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai, Kelantan

KETEREH, KELANTAN, 20 OKTOBER 2019 – Pengguna jalanraya di Daerah Kota Bharu, Kelantan kini mempunyai laluan alternatif yang mampu menjimatkan masa perjalanan dan kos bahan api kenderaan apabila jajaran Kadok ke Ketereh, Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 6.85 kilometer(km) dibuka secara rasminya kepada orang ramai.

Perasmian pembukaan jajaran ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya. Jajaran ini merupakan laluan yang selari dengan Jalan Persekutuan FT08 sedia ada dan mampu menjimatkan masa perjalanan berbanding laluan asal daripada 20-30 minit kepada 7 minit sahaja (bermula daripada Padang Enggang ke Ketereh).

Jajaran ini merupakan Pakej 2A yang melibatkan pembinaan jalan baharu 4 lorong 2 hala mengikut piawaian JKR R5, sebelas (11) buah jambatan, satu (1) persimpangan searas di Ketereh dan tiga (3) Vehicular Box Culvert (VBC). Pakej 2A ini telah dimulakan pada 22 April 2015 dan telah disiapkan pada 23 Julai 2019 dengan kos pembinaan sebanyak RM136.6 juta.

Pakej 2A (Kadok ke Ketereh) ini merupakan sambungan Pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7km yang telah siap pada Julai 2018. Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan dengan panjang - keseluruhan 61.4 km telah dimulakan secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Projek ini dibahagikan kepada tiga (3) pakej utama iaitu Pakej 1: Wakaf Che Yeh ke Kadok (10.8km), Pakej 2: Kadok ke Machang (28.95km) dan Pakej 3: Machang ke Kuala Krai (21.61km). Selaras dengan keperluan trafik semasa, projek ini telah diluluskan dengan lima (5) sub pakej iaitu Pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok (7km) telah siap pada Julai 2018; Pakej 2A: Kadok ke Ketereh (6.85km) telah siap pada Julai 2019; Pakej 2B: Ketereh ke Kok Lanas (6.2km) telah dimulakan pada November 2017 dan dijadualkan siap pada November 2020 serta Pakej 2C & 3A: Kok Lanas ke Bukit Tiu (19.1km) yang telah diluluskan untuk pelaksanaan dalam Rolling Plan 4 Tahun 2019 dan kini dalam peringkat perancangan untuk ditender pada suku keempat tahun 2019.

Projek ini merupakan laluan baharu yang dapat meningkatkan tahap kemudahsampaian, keselesaan dan keselamatan pengguna jalanraya. Disamping usaha kerajaan untuk menyediakan infrastruktur berkualiti di Negeri Kelantan, projek ini secara keseluruhannya akan mewujudkan rangkaian jalan yang efektif serta memastikan pembangunan yang seimbang di kawasan pantai timur.

Tags: 
#kkr #jkr #llm #kbkk #kotabharu #kelantan #infrarakyat #infrastruktur
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources