Tahun 2017
Pelancaran Amalan EKSA di KKR oleh YBhg. Datuk Haji Sarani Bin Haji Dollah,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) pada 11 Januari 2017.
Tahun 2018
Bengkel Audit Dalam EKSA KKR Tahun 2018 yang disampaikan oleh Encik Suhaili
Bin Haji Yusof, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU pada 1-2 Mac 2018
Sesi Audit Dalam EKSA dan Pertandingan Mini EKSA KKR Bil.1/2018 yang berlangsung
pada 28- 29 Mac 2018
Sesi Audit Pensijilan EKSA oleh MAMPU pada 16-17 April 2018.
Penyampaian hadiah Sesi Audit Dalam EKSA dan Pertandingan Mini EKSA KKR
Bil.1/2018 oleh YBhg.Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob, Ketua Setiausaha KKR pada
27 September 2018
Tahun 2019
Lawatan Penandaarasan EKSA KKR ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Putrajaya pada 8 Januari 2019.
Perbincangan mewujudkan Sudut Maya EKSA pada Portal KKR pada 14 Februari 2019
bersama Unit Komunikasi Koprat dan Bahagian Pengurusan Maklumat selaku
Jawatankuasa Promosi EKSA KKR.
Bengkel Pemantapan Jawatankuasa EKSA KKR Tahun 2019 telah diadakan pada
27 dan 28 Februari 2019 bertempat di Bilik Mawar 2 dan disampaikan oleh
Encik Azhan Bin Ahmad, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU dari Institut Aminuddin Baki.
Bengkel Audit Dalam EKSA KKR Tahun 2019 telah diadakan pada 21 dan 22 Mac 2019
bertempat di Bilik Mawar 2 dan disampaikan oleh Puan Ainol Hidayah Binti Abdul Rauof,
Fasilitator EKSA lantikan MAMPU dari Institut Aminuddin Baki.
Sesi Audit Dalaman dan Pertandingan Mini EKSA KKR Bil.1/2019 telah berlangsung pada
26 dan 27 Mac 2019 dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’Dr.Ong Gua Pak,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan). Sesi Audit ini melibatkan empat belas (14) zon
dan mempertandingkan empat (4) kategori seperti Zon Terbaik, Stor Terbaik,
Sudut Go Green Terbaik dan Ketua Zon Terbaik.
Tahun 2020
Bengkel Pemantapan Jawatankuasa EKSA KKR bagi Tahun 2020 telah diadakan pada
11 dan 12 Februari 2020 bertempat di Bilik Mawar 3 dan disampaikan oleh
Encik Mohd Zakry Bin Abdul Rashid, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU
dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya.
Lawatan Penanda Aras EKSA Kementerian Kerja Raya ke Kementerian Perumahan
Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berlangsung pada 13 Februari 2020.
Lawatan diketuai oleh Puan Zurifah Binti Zuhairon, Setiausaha Bahagian,
Bahagian Khidmat Pengurusan
Taklumat Audit Dalam EKSA KKR Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan pada 11 Ogos 2020
bertempat di Bilik Mesyuarat Melati dan telah disampaikan oleh Urus Setia Induk EKSA dan
Jawatankuasa Audit Dalam EKSA yang dihadiri oleh semua auditor yang telah dilantik.
Sesi Pelancaran Audit Dalam dan Pertandingan Mini EKSA KKR Bilangan 1 Tahun 2020 telah
dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ahmad Nadzri bin Embong (TKSU(P)) pada 18 Ogos 2020
di perkarangan lobi Blok A Kementerian Kerja Raya sebagai tanda sokongan Pengurusan Tertinggi
dalam usaha ke arah pengurusan pejabat yang teratur.
Taklimat Audit Dalam EKSA KKR Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan pada 01 Oktober 2020
bertempat di Bilik Mesyuarat Melati dan disampaikan oleh Urus Setia Induk EKSA dan
Jawatankuasa Audit Dalam EKSA yang dihadiri oleh kesuam auditor pada Sesi Audit Dalam
EKSA yang lepas.
Sesi Audit Dalam dan Pertandingan Mini EKSA KKR Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan
selama dua (2) hari iaitu pada 6 hingga 7 Oktober 2020 di semua bahagian/unit
Kementerian Kerja Raya.
Naziran Persediaan Akhir Audit EKSA MAMPU di KKR oleh Urus Setia Induk dan JK Audit Dalam
telah diadakan pada 3 dan 5 November 2020.
Sesi Audit Dalam dan Pertandingan Mini EKSA KKR Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan
Penyampaian hadiah Sesi Audit Dalam dan Pertandingan Mini EKSA Kementerian Kerja Raya Tahun 2020
telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan
pada 07 Disember 2020 bertempat di Bilik Seroja, Kompleks Kerja Raya.
- 862 bacaan