Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Pengenalan eksa

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini

                           PENGENALAN

 

Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam di KKR sejak tahun 2013 merupakan satu pendekatan
yang bersesuaian dan diterima baik oleh semua warga KKR. Walau bagaimanapun, KKR telah
membuat peralihan daripada Amalan 5S kepada EKSA mulai tahun 2017 dalam usaha untuk
merealisasikan program transformasi dan pemantapan perkhidmatan awam terutamanya di
KKR. Peralihan ini dilihat sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan selaras dengan usaha
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk melahirkan
identiti tersendiri.

EKSA telah diperkenalkan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam
dengan mengambil kira keperluan untuk mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang
sistematik, selesa dan kondusif supaya lebih releven kepada jabatan / agensi sektor awam di
Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan
dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping
menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan / agensi sektor awam.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik
di samping penambahan beberapa eleman baharu bagi menyokong pewujudan persekitaran
kerja yang lebih sistematik, selesa dan kondusif.

 

 

 

 

 

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources