Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat JKR 2018

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Inovasi

try

Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Selasa, 4 Disember 2018 - 9:00am
Sumber: 

Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat JKR 2018

KUALA LUMPUR, 4 NOVEMBER 2018 - Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat Jabatan Kerja Raya (JKR), bertemakan “Profesion Teknikal Pelopor Pembangunan” julung kali diadakan dan dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian di Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Program selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 November 2018 diadakan berikutan pengisytiharan kerajaan untuk menyambut Hari Profesion Teknikal Negara pada hari Sabtu pertama bulan Disember setiap tahun.

Objektif utama sambutan di peringkat JKR ini adalah bagi mengiktiraf dan menghargai khidmat bakti para profesion teknikal negara, khususnya warga JKR Malaysia dalam pembangunan negara dan sumbangannya kepada kesejahteraan masyarakat, selain mempromosi, meningkatkan pengetahuan serta menarik minat awam terhadap profesion teknikal.

Pelbagai pengisian program telah diaturkan, di antaranya penyampaian Anugerah Tokoh Teknikal Peringkat JKR Tahun 2018 kepada YBhg. Tan Sri Ir. Dr. Jamilus Hussein, Program dan pertandingan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Penyampaian Sijil ASEAN Chartered Professional Engineer yang melayakkan penerimanya mengamalkan praktis kejuruteraan di negara-negara Asia Tenggara serta sesi perkongsian kertas kerja teknikal (Technical Talk) oleh para penceramah yang dijemput khas.

Turut diadakan pameran jentera berat seperti Roller, Dozer Mounted on Low Loader Trailer, Bridge Inspector Vehicle dan pameran kenderaan siap siaga bencana. Penyertaan 20 buah Gerai Pameran daripada pelbagai agensi memeriahkan sambutan dengan tujuan berkongsi pengetahuan dan produk berkaitan bidang teknikal dan industri kejuruteraan.

Sambutan ini melibatkan penyertaan lebih 400 hadirin daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, termasuk para akademik dari universiti, pelajar sekolah serta terbuka kepada kehadiran orang awam.

Tags: 
#kkr #jkr #cidb #hariteknikalnegara #bem #harisabtupertama #disember #iktiraf #hargai #sumbangan #khidmatbakti
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources