Majlis Perasmian Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2018

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Inovasi

try

Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Sabtu, 7 Julai 2018 - 9:30am

ALOR SETAR, 7 JULAI 2018: Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kerja Raya dan Agensi pada 6 hingga 9 Julai 2018 bertempat di Hotel TH, Alor Setar. 

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian. Program ini mengumpulkan seramai 378 orang peserta yang terdiri dari Pegawai-pegawai Kanan JKR dari pelbagai Cawangan, Negeri, Daerah serta Kementerian lain. Sebanyak lapan kertas kerja berkaitan industri pembinaan telah dibentangkan sepanjang berlangsungnya persidangan ini. Selain itu peserta program telah dibawa melawat beberapa lokasi teknikal sekitar negeri Kedah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Aturcara Majlis termasuklah gimik dan montaj perasmian, pelancaran sistem JTruss, pelancaran Lagu, Misi dan Tudung baru JKR sebelum diakhiri dengan upacara perasmian dewan pameran dan lawatan oleh YB Menteri Kerja Raya.

Turut berlangsung pada hari yang sama iaitu Majlis Makan Malam Negeri anjuran Kerajaan Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir. 

Turut hadir termasuklah Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir, Ketua Setiausaha Kementerian YBhg. Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha. dan Pengarah JKR Kedah Ir. Haji Wan Muhamad Hilmi Bin Wan Mahmud.

 

Tags: 
#kkr #jkr #soc #2018 #alorsetar #kedah #persidangan
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources