MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA IDUL ADHA PERINGKAT KKR

Tarikh dan Waktu Acara: 
Wednesday, 10 December 2008 - 12:00am
Sumber: 
Bahagian Pengurusan Maklumat

Seperti tahun-tahun sebelumnya, KKR sekali lagi telah mengadakan sambutan Hari Raya Idul Adha bagi tahun 1429H/2008. Majlis sambutan Hari Raya Idul Adha kali ini dilakukan secara bersama antara kelab sukan dan pihak surau KKR. Majlis sambutan telah diadakan pada 10 Disember 2008 bertempat di surau KKR dan Taman Cenderawasih Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia dan dihadiri oleh semua warga KKR. Majlis sambutan Idul Adha ini dimulakan dengan bertakbir secara beramai-ramai oleh warga KKR di surau KKR yang turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato' Sri Dr. Abdul Munit Bin Kasmin Ketua Setiausaha KKR. diikuti dengan bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat.

Pengerusi majlis seterusnya telah menjemput Y. Bhg. Dato' Sri Dr. Abdul Munit Bin Kasmin untuk menyerahkan daging korban kepada warga KKR beragama islam. Acara penyerahan daging korban ini telah diadakan di Taman Cenderawasih. Pada tahun ini, sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan di KKR dimana satu ekor lembu telah disumbangkan oleh Menteri Kerja Raya Dato' Ir Mohd Zin Bin Mohamed manakala dua ekor lagi oleh ketua-ketua bahagian dan juga kakitangan KKR. Penyembelihan lembu-lembu ini telah diadakan di Pusat Penyembelihan Lembu Semenyih seawal jam 3 pagi dan daging-daging ini telah dihantar ke kantin KKR pada jam 6 pagi untuk dimasak. Daging-daging korban ini telah diagihkan kepada 90 orang penerima yang layak menerima yang bertugas di KKR. Majlis sambutan ini juga turut menyaksikan penyerahan bantuan persekolahan untuk anak-anak yatim warga KKR yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Dato' Sri Dr. Abdul Munit Bin Kasmin. Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM200.00 telah diterima oleh tiga orang anak yatim. Diharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim ini dalam memulakan alam persekolahan tidak lama lagi.

Majlis sambutan Hari Raya Idul Adha diakhiri dengan jamuan makan yang diadakan di Taman Cenderawasih. Hidangan utama jamuan adalah terdiri daripada gulai daging dan sup daging. Menurut penganjur, sambutan Hari Raya Idul Adha pada tahun ini adalah yang paling berjaya berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana ianya turut melibatkan warga KKR yang bukan beragama islam dimana warga KKR bukan islam juga turut dapat merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Idul Adha bersama-sama warga kerja KKR beragama islam. Diharapkan sambutan Hari Raya Idul Adha ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya supaya menjadi satu tradisi kepada semua warga kerja KKR.

Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.
 
UNDIAN
Cadangan kerajaan memberhentikan pemberian subsidi minyak dan harga minyak yang diletakkan adalah mengikut harga pasaran. Jika kenaikan harga minyak melebihi kadar yang sepatutnya, kerajaan akan memberikan bantuan [...]

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 28/11/2014 - 3:17pm

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 14,859,024
  • Jumlah pelawat: 812,379
  • Hit Minggu Ini: 136,644
  • Hit Bulan ini: 527,264
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)