Set Smart tag kini RM65

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Anda di sini
Tarikh terbit: 
Jum, 15 Jun 2007
Surat khabar: 
Utusan Malaysia

SEREMBAN 14Jun - Set Smart Tag dilengkapi kad Touch 'n Go yang suatu ketika dahulu dijual dengan harga RM245 sebelum diturunkan kepada RM110 kini boleh diperoleh dengan harga promosi RM65 sahaja.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, harga istimewa itu diperkenalkan menerusi 'Promosi 50 untuk 50' yang bermaksud 50 peratus diskaun sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50

Katanya, ia juga bertujuan menggalakkan pengguna beralih kepada sistem pembayaran elektronik yang mampu mengendalikan 900 transaksi sejam berbanding 240 transaksi menggunakan kaedah manual di setiap lorong tunai plaza tol.

"Dengan diskaun sebanyak 50 peratus itu, harga Smart Tag kini diturunkan daripada RM100 kepada RM50 sahaja, manakala kad Touch 'n Go yang dijual pada harga RM10 boleh didapati dengan harga RM5 dengan pembelian nilai prabayar RM10.

"Di bawah kempen selama tiga bulan sehingga kehabisan stok, sebanyak 30,000 unit Smart Tag dan 150,000 kad Touch 'n Go akan ditawarkan pada harga istimewa," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar mengumumkan 'Promosi 50 untuk 50' selepas melancarkan wajah baru Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (hala utara), di sini hari ini.

Kata Samy, untuk promosi bulan ini, sebanyak 2,000 unit Smart Tag dan 10,000 kad Touch 'n Go akan dijual di Plaza Tol Rawang, Sungai Buloh, Kota Damansara, Jalan Duta dan Sungai Besi dari Isnin hingga Jumaat.

Katanya, pada bulan depan pula, sebanyak 2,000 unit Smart Tag dan 10,000 kad Tough 'n Go akan dijual kepada pengguna Jambatan Pulau Pinang Serta Lebuh Raya Elite dan Linkdua.

"Promosi ini akan diperluaskan ke semua lebuh raya pada Ogos ini dengan penjualan kira-kira 26,000 kad Touch 'n Go kepada pengguna lorong tunai," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Samy Vellu memberitahu kajian pelaksanaan pembayaran tol sistem gantri yang bertujuan mengurakan kesesakan di plaza tol akan selesai Oktober ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima kertas cadangan pertama daripada konsultan dan kini dalam tahap penelitian.

"Apabila sudah dipastikan baik, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan pemegang konsesi lain akan dimaklumkan mengenainya," katanya.

Melalui sistem gantri, pemandu kenderaan hanya perlu membeli kad prabayar e-Tag untuk dipasang pada cermin kenderaan dan terus melalui gantri iaitu pengimbas yang menyerupai tian gol bola sepak di kawasan plaza tol.

Gantri menyerupai tiang gol bola sepak tanpa tiang penghalang akan dilengkapi mesin pengimbas dan kamera yang boleh mengesan kelajuan dan mengambil gambar kenderaan.

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources