MUTU BINAAN BANGUNAN KINI DIPERSOALKAN

Date: 
02/05/2007
News Paper: 
Utusan Malaysia

KITA ingin percaya insiden keruntuhan siling bangunan Kompleks Mahkamah yang baru hanyalah satu kemalangan atau kesilapan terpencil yang boleh dibaiki dan dilupakan segera.

Tetapi malangnya kita sukar untuk menolak bahawa runtuhnya siling itu adalah suatu insiden terpencil. Terdapat dua sebab mengapa kita wajar bimbang mengenai implikasi daripada peristiwa ini.

Pertama, hanya beberapa hari sebelum ini, satu kerosakan besar kepada bangunan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya baru saja berlaku. Ia pula timbul beberapa hari selepas laporan kerosakan di Jabatan Imigresen, juga di Putrajaya.

Untuk melihat lebih jauh lagi, rakyat masih tidak lupa bagaimana jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong rosak hingga terpaksa ditutup untuk dibaiki. Begitu juga dengan masalah bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang bertahun-tahun tidak dapat digunakan. Banyak lagi kes-kes di mana bangunan kerajaan terbengkalai.

Kedua, mutu binaan di bangunan-bangunan swasta termasuk di taman-taman perumahan sudah banyak merosot. Banyak daripada mereka yang baru membeli rumah akan mendapati bahawa hasil kerja binaan jauh daripada memuaskan.

Maka terpaksalah dibuat aduan untuk dibaiki dan acapkali kerana kerosakan yang terlalu banyak hinggakan pembeli terpaksa membaiki sendiri. Ini kerana hendak menunggu pemaju membaiki, ia akan memakan masa yang panjang. Tidak  semua pembeli yang aktif membuat aduan dan mereka hanya mengeluh dan merungut terhadap mutu binaan yang begitu buruk.

Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa bangunan-bangunan yang lebih lama dibina iaitu pada sekitar tahun-tahun 70-an dan 80-an lebih bermutu.

Keadaan ini amat menyedihkan kita selaku rakyat Malaysia yang berada pada tahun ke-50 sambutan kemerdekaan negara. Putrajaya dan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta menjadi antara kebanggaan negara Malaysia.

Tetapi apabila berbincang mengenai sejarah, maka sukar untuk kita lupakan bangunan-bangunan warisan peninggalan penjajah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Stesen Kereta api, Bangunan Ibu Pejabat KTM dan Masjid Jamek Kuala Lumpur mempunyai binaan bermutu tinggi yang tahan berabad lamanya.

Ini belum lagi dikira bangunan-bangunan kuarters kerajaan yang dibina oleh penjajah dulu dengan bahan-bahan bermutu dan hasil kerja berwibawa walaupun menggunakan teknologi lama.
Adalah menjadi persoalan adakah kerendahan mutu binaan hari ini mencerminkan kualiti kerja yang merosot?  


 

Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.
 

Kecuaian Manusia adalah faktor utama kemalangan jalan raya berbanding faktor kejuruteraan jalan?

Setuju
79% (993 undian)
Tidak Bersetuju
21% (269 undian)
Jumlah undian: 1262

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 24/10/2014 - 4:35pm

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 14,230,822
  • Jumlah pelawat: 684,594
  • Hit Minggu Ini: 6,104
  • Hit Bulan ini: 368,526
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)