PROGRAM TRANSFORMASI MINDA KUMPULAN I BIL. 3/ 2013

Tarikh dan masa: 
Friday, 14 June 2013 - 3:30pm to Thursday, 20 June 2013 - 5:30pm
Lokasi: 
SURIA CHERATING BEACH RESORT, KUANTAN, PAHANG
Salah satu aktiviti Latihan Dinamik Berkumpulan (LDK)

Program ini telah diadakan pada 14 hingga 20 Jun 2013 bertempat di Suria Cherating Beach Resort, Kuantan, Pahang. Program ini dihadiri oleh seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Pengurusan dan Professional (PNP) Gred 41 diantaranya dari Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Cawangan Pembangunan Modal Insan telah menjemput 15 orang penceramah diantaranya dari Kementerian Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Integriti Malaysia (IIM), Biro Tatanegara (BTN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)dan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Secara keseluruhannya, program ini sangat memberi manfaat kepada peserta yang hadir.

Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk:

(i) Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota Perkhidmatan Awam mengenai Sejarah Negara Malaysia dan Dasar Utama Kerajaan;

(ii) Penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur-prosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan-panduan kerajaan;

(iii) Kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan asas dan khusus bagi setiap perkhidmatan dan agensi; dan

(iv) Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam Perkhidmatan Awam

Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Tue, 02/09/2014 - 2:58pm

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 13,448,411
  • Jumlah pelawat: 487,544
  • Hit Minggu Ini: 41,064
  • Hit Bulan ini: 28,096
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)