Langkau ke kandungan utama
Submitted by Admin on 16 April 2009
Pengenalan

Di bawah perkara 12(b) di bawah Garis Panduan Penilaian Tender mengkehendaki Penyediaan Dokumen Tender bagi Penjualan Dokumen Tender. Setiap dokumen tender hendaklah dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan. Kadar minimum yang dikenakan kepada petender adalah RM50 bagi satu (1) set Dokumen tender mengikut harga semuka dokumen yang ditetapkan (PK 2.1 – Kaedah Perolehan Kerajaan).Bagi tender yang mempunyai security drawing atau security document deposit sebanyak RM5,000 hendaklah dikenakan.

Objektif

Sebagai panduan kepada pembekal / kontraktor mengenai prosedur membeli dokumen tender / sebutharga di Kaunter Jualan Tender, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan / penjelasan hendaklah dikemukakan kepada:-

CAWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN DAN HARTA,

BAHAGIAN KEWANGAN, ARAS G, BLOK A, KEMENTERIAN KERJA RAYA,

JALAN SULTAN SALAHUDDIN,

50580 KUALA LUMPUR

TEL: 03-2771 4096 ( Kaunter Jualan )

FAX: 03-2711 1944

E-MEL:mejatender@gmail.com/pro@kkr.gov.my

KOORDINAT GPS: N03.15475 E101.68833