RM106 Juta di perlukan untuk Baik Pulih Jalan Persekutuan Rosak Akibat Banjir

Tarikh dan Waktu Acara: 
Friday, 11 January 2013 - 10:58am
Sumber: 
UKK

MARAN, 11 Januari - Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM106.6 juta dalam tempoh Oktober 2012 hingga 5 Januari lepas untuk membaik pulih dan menyelenggara jalan raya persekutuan yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor berkata ekoran banjir yang melanda baru-baru ini, Kementerian menerima banyak laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri mengenai jalan raya rosak terutama di pantai timur. "Kementerian juga turut memohon kepada jemaah menteri agar meningkatkan jumlah peruntukan bagi membiayai kos membaik pulih jalan-jalan yang terjejas terutama di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja baik pulih jalan yang rosak akibat banjir di Jalan Kuantan-Maran, dekat Kampung Luit, di Kuantan semalam. Turutnya lagi, Kementerian juga menerima peruntukan sebanyak RM150 juta tahun ini untuk membaik pulih 184 saluran pembetung di jalan-jalan persekutuan di seluruh negara. ”Kami akan tukar saluran baharu dan mana-mana saluran yang kecil kita akan besarkan terutama di kawasan yang berisiko menghadapi banjir kilat bagi mengelak risiko jalan rosak dan mendap," katanya.

Beliau berkata kerja-kerja baik pulih jalan raya persekutuan yang terjejas sedang giat dijalankan oleh pihak konsesi untuk memastikan aliran trafik di kawasan terlibat tidak terjejas. "Kami akan bagi tempoh kepada syarikat konsesi sehingga Mac ini untuk menyiapkan kerja-kerja baik pulih terutama di kawasan aliran trafik yang tinggi. Ini bagi memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya di laluan berkenaan tidak terjejas," katanya. Beliau turut berkata Kementerian juga bersedia untuk menaikkan aras jalan Jerangau-Jabor yang sering dinaiki air pada musim hujan.

Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.
 

Kecuaian Manusia adalah faktor utama kemalangan jalan raya berbanding faktor kejuruteraan jalan?

Setuju
79% (993 undian)
Tidak Bersetuju
21% (269 undian)
Jumlah undian: 1262

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Tue, 25/11/2014 - 4:58pm

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 14,776,227
  • Jumlah pelawat: 801,625
  • Hit Minggu Ini: 53,931
  • Hit Bulan ini: 444,623
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)