Seri Kembangan, 2 Julai – YB Dato’ Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya telah mengadakan satu lawatan kerja ke tapak Pembinaan Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Maju Expressway di Seri Kembangan yang akan dibina dalam tempoh dua tahun dan kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan pada Januari 2013 dan dijangka siap pada Januari 2015.
YB. Menteri memberitahu projek tersebut diyakini akan memberi manfaat kepada 68,000 orang penduduk kawasan berkenaan kerana pada masa ini penduduk perlu memandu sejauh 17 kilometer untuk menggunakan Lebuhraya MEX dengan melalui jalan B15 (Seri Kembangan ke Dengkil) dan jalan B16 (Serdang ke Seri Kembangan) hingga ke Persimpangan Bertingkat Putrajaya. Selain itu, faktor lain kepada pembinaan projek ini adalah tahap kesesakan trafik yang tinggi di jalan B16 yang mencapai tahap F pada waktu puncak iaitu sebanyak 14,600 kenderaan untuk setiap jam.
Pada ketika ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang dalam proses pengambilan tanah dan penyediaan rekabentuk. Pembinaan persimpangan ini melibatkan tanah seluas hampir 60 ekar. Disamping permohonan penduduk, Persimpangan Bertingkat ini turut dipohon oleh Kerajaan Negeri Selangor, Majlis perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Alice Smith International School dan IOI Corporation Berhad. Dengan adanya pembinaan ini, kesulitan akses untuk keluar dan masuk ke/dari Lebuhraya MEX akan dapat diatasi dan menambah keselesaan para pengguna serta penduduk sekitar.
[Galeri Foto]



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Mon, 20/05/2013 - 9:06am
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.