Keningau, 25 Jun - Kerajaan telah meluluskan Peruntukan sebanyak RM11 Juta Untuk membolehkan Projek Naik Taraf Tiga Jalan Di Keningau, Sabah iaitu Jalan Mailo Sodomon, Jalan Biah Skim dan Jalan Linggaran Biah dapat dimulakan segera.
YB. Dato’ Seri Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya berkata kepada media semasa Lawatan Kerja sehari YB. Menteri di Sabah. Tambah YB. Menteri, daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan untuk Jalan Mailo Sodoman, Jalan Biah Skim (RM3 juta) dan Jalan Linggaran Biah (RM6juta).
Projek menaik taraf Jalan Mailo Sodomon sepanjang 1.85 kilometer telah pun dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh sebulan. Manakala bagi projek menaik taraf Jalan Biah Skim sepanjang 5.23 kilometer pula, status projek ini masih diperingkat proses penyediaan dokumen tender.
Projek ini dijangka dapat dimulakan di tapak selewat-lewatnya pada bulan Ogos ini. Turut hadir dalam lawatan kerja tersebut, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi.
[Galeri Foto]



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 17/05/2013 - 9:34pm
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.