Sadong Jaya, 18 Jun - Kerajaan memperuntukkan hampir RM230 juta untuk menjayakan projek pembinaan jambatan terpanjang di Sarawak iaitu menghubungkan Asajaya dan Simunjan di Kota Samarahan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, pembinaan projek jambatan sepanjang 1.48 kilometer itu akan bermula bulan ini dan dijangka siap pada Julai 2016.
"Tujuan utama kerajaan membina jambatan ini kerana ia berupaya mengurangkan hampir satu jam masa perjalanan pengguna selain mengatasi masalah kesesakan penumpang feri. Jambatan ini kelak akan turut dapat meningkatkan produktiviti penduduk kampung apabila mereka boleh mengangkut hasil pertanian dengan lebih cepat," katanya selepas melawat tapak projek pembinaan jambatan di Batang Sadong, Kampung Buloh di sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak meluluskan projek tersebut selepas mengadakan lawatan ke Asajaya pada April tahun lalu. Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pembinaan sebuah jambatan merentasi Sungai Pandaruan yang menyempadani Sarawak di Malaysia dan daerah Temburong di Brunei yang menelan kos sebanyak RM15 juta dan dijangka siap menjelang Ogos tahun hadapan.
Sementara itu, salah seorang penduduk kampung, Jamil Harbi, 40, ketika ditemui berkata, dia gembira dengan langkah kerajaan membina jambatan tersebut setelah sekian lama menanti. "Majoriti penduduk kampung ini bekerja sebagai nelayan dan petani, kami menjual hasil tangkapan serta pertanian ke kawasan seberang,'' katanya.
[Galeri Foto]



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Wed, 22/05/2013 - 4:47pm
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.