Kuala Lumpur, 13 Februari- Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Kementerian Kerja Raya 2012 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor serta Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Dato' Yong Khoon Seng.
Dalam ucapan YB. Dato’ Yong Khoon Seng, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tionghua di samping memuji konsep rumah terbuka yang menjadi amalan pada setiap perayaan di Malaysia dan secara tidak langsung ianya dapat mewujudkan semangat harmoni sesama bangsa serta memupuk perpaduan di antara kaum. Mengikut kalender Cina, tahun ini merupakan tahun naga air dan beliau berharap semoga tahun naga air ini dapat memberi tuah pada semua warga Kementerian Kerja Raya.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa, muzik Tionghua dan wushu oleh SMK Confucian Kuala Lumpur.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Bt Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Y.Bhg. Dato’ Haji Nasir Mat Dam, Ketua Pengarah Kerja Raya, Y.Bhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Pengerusi CIDB Malaysia, Y.Bhg. Datuk Ir. Hamzah Hasan, pegawai-pegawai kanan serta warga kementerian.



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 24/05/2013 - 1:03pm
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.