Langkau ke kandungan utama

PUSAT RUJUKAN JALAN NEGARA: SUMBER MAKLUMAT PEMBANGUNAN JALAN

Image removed.Kuala Lumpur, 18 Oktober 2011- Majlis Perasmian Pusat Rujukan Jalan Negara (PRJN) telah diadakan pada 18 Oktober 2011. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Thomas George, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Perpustakaan Kementerian Kerja Raya telah dibuka pada pertengahan tahun 2006. Selaras dengan perkembangan dan cabaran persekitaran serta peneraju kementerian tentang perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan jalan maka Perpustakaan Kementerian Kerja Raya ini telah ditukar nama kepada Pusat Rujukan Jalan Negara pada awal 2010. PRJN di letakkan di bawah seliaan Bahagian Perancangan Jalan (BPJ).

Penubuhan Pusat Rujukan Jalan Negara ini menjadi platform Kementerian Kerja Raya sebagai peneraju di dalam industri pembinaan khususnya menjadi pusat rujukan utama sumber maklumat pembangunan jalan yang diiktiraf di Malaysia.

Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Rujukan Jalan Negara adalah Perkhidmatan Atas Talian (Web Opac), Perkhidmatan Atas Talian (Sistem Keselesaan Jalan Raya, Lokasi Kemalangan, Tempoh Perjalanan dan Isipadu Trafik), Bilik Tayangan, Ruang Pameran dan Pemanduan secara simulasi mengikut standard geometri terpilih.

Tempahan bahan dan pembaharuan pinjaman serta pencarian bahan boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman web PRJN iaitu http://elibrary.kkr.gov.my/.

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK